Use your ← → (arrow) keys to browse
Celine Dion
Sewaktu temu bual pada 2007, Ellen menunjukkan foto Celine sekeluarga dan bertanya adakah penyanyi itu terlalu sibuk sehingga terlupa memotong rambut anak lelakinya, René-Charles Angelil yang ketika itu baru berusia enam tahun. Celine mempertahankan diri dan bertanya, “Anda ada apa-apa masalah mengenainya?”. Selepas ditebak dengan soalan sama, Celine berkata dia tidak akan dapat memuaskan hati semua orang dan itu adalah pilihan René sendiri. Justeru dia akan memotong rambut René apabila anaknya itu sudah bersedia. Anda boleh menonton pada minit 1:42.