Pelakon muda Britain ini berjaya memberikan impak dalam lakonannya di dalam siri Netflix, The Crown. Bakatnya terserlah dalam melakonkan watak Diana Spencer yang baharu memulakan bibit-bibit cinta dan seterusnya berkahwin dengan Putera Charles yang dilakonkan oleh Josh O’Connor. Dia telah memenangi beberapa trofi termasuklah Pelakon Wanita Terbaik -Siri Drama Televisyen di Anugerah Golden Globe 2021, Pelakon Wanita Terbaik – Siri Drama di Anugerah Critics’ Choice Television 2021 serta Outstanding Performance by An Ensamble di Anugerah Screen Actors Guilt Awards 2021.
The Crown S4. Picture shows: Princess Diana (EMMA CORRIN)