Use your ← → (arrow) keys to browse
Hanya selepas beberapa hari dilancarkan, Putera Harry berdepan kecaman setelah pengkritik menemui beberapa fakta tidak tepat dalam memoir Spare.
Kesilapan pertama yang dikenal pasti adalah kenyataan Putera Harry mengenai Raja Henry VI. Menurutnya, raja yang mengasaskan kolej berasrama penuh yang dihadirinya, Eton adalah ‘moyang ketujuhnya’.
Bagaimanapun pengkritik menjelaskan perkara itu adalah mustahil kerana Raja Henry VI hanya mempunyai seorang putera, Edward of Westminster yang maut dalam Perang Tewkesbury pada 1471 ketika berusia 18 tahun sebelum sempat mempunyai cahaya mata.