2022 : Kedai Buku 24 jam Pertama Di Dunia Bakal Menjejakkan Kaki di The Starhill, KL. - Glam Malaysia

2022 : Kedai Buku 24 jam Pertama Di Dunia Bakal Menjejakkan Kaki di The Starhill, KL.

Gedung utama seluas lebih 70,000 kaki persegi, The Starhill akan dibuka pada tahun 2022 bakal menjadi kemasukan pertama eslite spectrum ke Asia Tenggara.

Menyebut nama eslite spectrum pasti kamu sudah boleh membayangkan sebuah gedung yang menjadi kebanggaan rakyat di negara itu sendiri dan pelancong yang ke sana pasti menjadikannya sebagai salah sebuah destinasi membeli-belah juga tempat menjamu selera yang wajib dikunjungi di Taiwan.

Tahukah anda, ia dalah ikon kebudayaan terkemuka Taiwan, eslite spectrum pernah dipilih oleh Time Magazine dan CNN sebagai “Kedai Buku Terbaik di Asia” dan “Kedai Buku Paling Cool di Dunia”. Gedung eslite spectrum cawangan Songyan di Taipei juga telah dinamakan sebagai salah satu daripada “14 kedai serbaneka paling menarik di dunia” oleh CNN.

Dengan pengumuman kemasukan  eslite spectrum (誠品生活) di The Starhill ini bakal menjadi cawangan eslite yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara. Susulan dari penyempurnaan majlis menandatangani perjanjian penyewaan di antara Naib Presiden YTL Land & Development Bhd, Encik Joseph Yeoh dengan Pengerusi eslite Group, Cik Mercy Wu baru-baru ini.

See also
Misteri Sensual Saint Laurent Rive Droite

Bukan hanya sekadar sebuah kedai buku, eslite spectrum bakal menjadi lokasi kebudayaan kreatif yang kaya dengan pilihan buku-buku berbahasa Cina, Inggeris dan Melayu, serta muzik, barangan reka bentuk dan kraftangan, persembahan kesenian, restoran bertema dan kedai kopi, jenama gaya hidup serta pelbagai jenama kebudayaan dan kreatif terkini.

2022 : Kedai Buku 24 jam Pertama Di Dunia Bakal Menjejakkan Kaki Ke Kuala Lumpur

Terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur, gedung seluas 70,191 kaki persegi ini akan menjadi penyewa utama The Starhill, memenuhi ruangan di aras Level 1 sepenuhnya serta menampilkan kedai makanan dan minuman yang berdepan dengan jalan di aras Ground Level bersebelahan dengan The Starhill Piazza, lokasi di mana pelbagai acara dan program kreatif diadakan sepanjang tahun.

Eskalator eksklusif turut ditempatkan secara strategik bagi membawa para pengunjung dari pintu masuk atrium The Starhill yang baru, terus ke eslite spectrum di tingkat atas.

eslite spectrum bakal mengubah landskap sektor peruncitan di Kuala Lumpur, memberikan idea dan mencipta pengalaman baru dengan menawarkan pelbagai servis terbaik serta layanan mesra Taiwan kepada Malaysia, semuanya hanya di The Starhill.

See also
Volvo Bangkit Dalam Industri Automotif Seiring Malaysia Sejak 1966

“Saya percaya kerjasama ini berpotensi untuk menjadi pemangkin kepada pertukaran budaya yang lebih erat di antara Malaysia dan Taiwan menerusi pengalaman peruncitan dan gedung yang berorientasikan komuniti yang mendapat tempat di kalangan masyarakat tanpa mengira demografi dan usia,” ujar Joseph.

“Menerusi kolaborasi ini, kami berharap untuk menggalakkan pertukaran dan interaksi yang melibatkan penerbitan Asia serta kandungan kebudayaan dan kreatif di rantau ini. Kami juga ingin mencipta lebih banyak peluang untuk dialog rentas sempadan di antara penulis Taiwan dan Malaysia serta karya mereka, dan memberikan para pembaca satu perspektif pembacaan yang baru.” kata Pengerusi eslite Group, Mercy Wu.

***eslite spectrum dijangka akan dibuka di The Starhill menjelang 2022.

Artikel berkaitan : 5 Lokasi Beli-Belah Produk Dekorasi Pilihan GD

Artikel asal : GLAM LELAKI