200 Trunks 200 Visionaries - Glam Malaysia
200 Trunks 200 Visionaries 01

200 Trunks 200 Visionaries

Pameran mengenai pengembaraan yang menampilkan 200 buah trunk imaginatif yang direalisasikan oleh 200 individu berwawasan ini membuat persinggahan antarabangsa pertamanya di luar Paris di Kota Singa mulai 4 April 2022.

Berikutan penampilan sulungnya di Asnières, Perancis, di rumah keluarga Louis Vuitton; pameran itu bakal berlabuh di esplanade bersebelahan butik di Marina Bay Sands. Merupakan satu daripada empat lokasi butik Louis Vuitton di Singapura, pameran 200 Trunks 200 Visionaries menampilkan garis rekaan fasad Damier berselang seli dengan tingkap. Strukturnya diperkemas bagi menyampaikan grafik signatur Maison sambil menawarkan pemandangan antara luaran dan dalaman. Dari perspektif udara, Louis 200 muncul dengan berani pada atapnya.

200 Trunks 200 Visionaries 02

Trunk atau kotak penyimpan ikonik garapan Louis Vuitton ini tampil diolah oleh 200 individu berwawasan sebagai penghormatan yang luas lagi dinamik kepada legasi inovatif Louis Vuitton. Sebagai salah satu inisiatif untuk menandakan tarikh penting pada 4 Ogos 2021, para sahabat Louis Vuitton yang merangkumi dari pelbagai bidang termasuk seni dan budaya, sains serta sukan; dijemput untuk memperibadikan karya trunk mereka.

See also
Transformasi Mewah Arca Seni Louis Vuitton Les Extraits

Antara nama yang familiar adalah Supreme, Peter Marino, Lego, Liu Wei, BTS, Cao Fei dan Fornasetti. Kanvas kosong metaforis berukuran 50 x 50 x 100 sentimeter, kira-kira dimensi sebuah trunk asal yang dicipta Louis pada tahun 1850-an ditransformasikan dengan unik. Terbias sama impian dan keinginan, konsep abstrak serta ekspresi artistik. Pameran 200 Trunks 200 Visionaries dibuka kepada umum pada 4 sehingga 27 April 2022 di Marina Bay Sands Event Plaza bermula dari 10 pagi ke 10 malam. Demikian, pada hari debutnya tanggal 4 hari bulan hanya dibuka dari 6 petang ke 10 malam.

Pautan berkaitan: Gucci Melengkapi Rutin Harian