Kylie menyatakan sokongannya untuk menentang rasisme dengan menderma kepada beberapa kempen termasuk Black Lives Matter, NAACP, Campaign Zero, dan Youth Justice Coalition.
Kongsinya di laman web Kylie Cosmetics, “Kami akan terus mendidik diri sendiri dan pengikut tentang bagaimana kita dapat bersama-sama menentang rasisme, juga akan merai, meningkat, dan memperkasakan komuniti kulit hitam menerusi saluran kami.”