Use your ← → (arrow) keys to browse
Adakah anda mengamalkan sebarang keperluan rancangan/diet untuk membina otot/kekuatan?
Apabila bercakap tentang pemakanan, ia bergantung pada matlamat. Sebahagian daripada gaya hidup saya secara semula jadi sentiasa mengutamakan protein bermula dari daging putih hingga daging merah. Saya tidak meletakkan had pada diri sendiri terutamanya makanan kerana saya sangat memahami tubuh badan saya. Jika saya lapar, saya akan makan dan jika tidak, saya akan fokus pada menghidratkan tubuh. Apabila bercakap tentang membina kekuatan, makanan adalah bahan bakar. Anda perlu makan dan anda tidak boleh berada pada defisit kalori jika anda ingin mengangkat beban yang lebih berat. Akhir-akhir ini, saya menyasarkan untuk mendapatkan lifts yang lebih besar, jadi saya dapatkan lebih sedikit karbohidrat dalam pemakanan saya. Ingat, makanan adalah bahan bakar dan ia harus sentiasa dilihat seperti itu.
Bagaimanakah anda memastikan rutin senaman semasa anda adalah persediaan baik untuk perlawanan besar yang seterusnya?
Saya beri banyak tumpuan kepada bidang yang boleh mencabar diri, yang mana hampir kesemuanya ada pada UA Combine. Seronok bila mengetahui bahawa Under Armour telah menyediakan program latihan yang boleh diikuti. Anda boleh menemuinya di laman sesawang www.uacombinemy.com.untuk maklumat lanjut.
Saya akan mengubahsuai program itu dan memfokuskan pada bidang yang akan mencabar saya. Juga mempunyai persaingan besar walaupun jadual agak padat, saya akan meluangkan masa berlatih kerna tanggungjawab atas keputusan yang dibuat dalam menyertai persaingan. Jadi, rasa tanggungjawab untuk rutin latihan saya sendiri dan ketekalan adalah kuncinya! Jika anda merasa sukar untuk berlatih, cari rakan latihan dan mulakan perjalan kecergasan bersama.