Use your ← → (arrow) keys to browse
Bolehkah anda kongikan kepentingan ketahanan dalam latihan?
Latihan ketahanan boleh meningkatkan pengeluaran hormon dan ini boleh membantu meningkatkan metabolisme. Ia juga berkesan meningkatkan keupayaan jantung untuk mengepam darah beroksigen dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Mempunyai daya tahan adalah sebab mengapa anda boleh melakukan aktiviti mudah seperti membuka pintu, mengangkat kotak, berjalan menaiki tangga tanpa rasa penat.
Apakah kebaikan pemulihan dan berapa hari anda peruntukkan untuk rehat? Adakah perlu untuk anda berehat sebelum pertandingan?
Pemulihan adalah segala-galanya! Tidak ada gunanya anda menjalani latihan dengan intensiti tinggi tetapi tidak menjalani pemulihan yang baik. Saya akan sentiasa memperuntukkan satu hari rehat untuk diri saya sendiri. Saya juga akan mengurangkan latihan atau hanya melakukan senaman ringan terutamanya apabila hari pertandingan semakin hampir. Saya pernah berikan sepenuh tenaga pada minggu persediaan untuk pertandingan namun juga percaya bahawa saya tidak mampu untuk sakit atau mengalami otot yang tegang jika saya ingin melakukan yang terbaik di hari pertandingan. Saya juga sering berkunjung ke Traine, pusat pemulihan untuk atlet dan peminat kecergasan untuk mendapatkan sesi pemulihan yang diperlukan.