Use your ← → (arrow) keys to browse
6. Elfira Loy
Pelakon kecil molek, Elfira Loy bermula dengan bisnes sarung telefon, t-shirt dan skarf di bawah jenama twinkle by Elfira. Elfira juga pernah melancarkan pakaian muslimah rekaan beliau sendiri, EL by Elfira Loy dan pernah membuka kafe ala hipster yang dinamakan Love Me Seven Days di Alam Damai, Cheras. Selain melancarkan butik pakaian dan cafe sendiri, Elfira juga bergelar usahawan kepada sambal bunga kantan.
Diusahakannya secara kecil-kecilan mendapat sambutan luar biasa apabila terjual sebanyak 2,000 botol dalam masa dua minggu! Walaupun masih muda remaja, pencapaian Elfira Loy dalam bidang perniagaan memang boleh dijadikan inspirasi. Bermula dengan dunia lakonan sehinggalah melancarkan beberapa produk di bawah namanya sendiri.