Penyanyi nombor 1 Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza menceburi bidang perniagaan produk kosmetik dan kecantikan melalui jenama SimplySiti mulai 2010 bersama suami, Dato’ Khalid Muhd Jiwa serta dua rakan niaganya. Kini beliau terkenal dengan produk SimplySiti dan Creacion iaitu pakaian tradisional dan kasual.
Pelancaran produk kosmetik dan penjagaan kulit keluaran SimplySiti sememangnya mendapat sambutan luar biasa daripada peminat yang pastinya ramai di seluruh negara termasuk di Indonesia, Brunei dan Singapura. SimplySiti pernah diiktiraf sebagai “ The Best Halal Product” dan kini produk SimplySiti boleh didapati di seluruh rangkaian Watsons di Malaysia.