10 Selebriti Berstatus Bapa Terhangat Di Malaysia - Page 10 of 10 - Glam Malaysia
10 Selebriti Berstatus Bapa Terhangat Di Malaysia

10 Selebriti Berstatus Bapa Terhangat Di Malaysia

Memegang status selebriti bapa bukanlah mudah kerana setiap langkah mereka diperhati dan sering dihakimi peminat.

Sebagai ketua keluarga, bapa sering diharapkan untuk memberi contoh terbaik terutama buat anak-anak. Mereka memikul tanggungjawab yang sangat besar dan sanggup berkorban apa sahaja demi keluarga tercinta. Begitu juga dengan barisan selebriti yang kami kongsikan ini, kasih sayang mereka terhadap keluarga jelas dilihat dalam perkongsian di media sosial.

Sempena Hari Bapa, Glam senaraikan 10 artis lelaki Malaysia yang layak digelar hot daddy!

10 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

Alif Satar

Penyanyi ini sering berkongsi momen manisnya bersama anak-anak di media sosial. Salah satu perkongsiannya melayan dua anaknya beraksi bak ikan duyung di kolam mandi turut mencuri perhatian ramai. Alif Satar mendirikan rumah tangga dengan Shad Dila Halid pada 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata.

hari bapa

Foto: Instagram

 

Baca: Penghormatan Istimewa Buat Putera Philip & Raja George VI Sempena Hari Bapa