10 Filem Terbaik Lakonan Jake Gyllenhaal - Page 10 of 10 - Glam Malaysia
10 Filem Terbaik Lakonan Jake Gyllenhaal

10 Filem Terbaik Lakonan Jake Gyllenhaal

Jake Gyllenhaal dikenali sebagai salah seorang bintang versatil dan terhebat dalam generasinya.

Aktor berusia 42 tahun ini memulakan kerjaya sebagai pelakon kanak-kanak menerusi filem City Slickers yang ditayangkan pada tahun 1991. Ini diikuti dengan dua filem arahan bapanya, Stephen Gyllenhaal berjudul A Dangerous Woman (1993) dan Homegrown (1998).

Nama Jake Gyllenhaal melonjak naik di Hollywood setelah menjayakan peranan sebagai Homer Hickam dalam October Sky (1999) dan remaja yang mempunyai masalah psikologi dalam Donnie Darko (2001). Sepanjang 32 tahun penglibatan dalam industri hiburan, Jake Gyllenhaal telah membintangi lebih 50 filem dengan membawakan pelbagai watak mencabar.

Glam senaraikan 10 filem terbaik lakonan Jake Gyllenhaal yang anda harus ulang tonton.

10 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

1. Nightcrawler (2014)

Tiada filem lakonan Jake Gyllenhaal yang lebih baik daripada  filem seram neo-noir ini. Dia memainkan watak sebagai jurugambar sambilan yang merakam aksi ganas dan kemalangan ngeri sebelum menjualnya kepada stesen berita TV tempatan. Sanggup menurunkan berat badan yang banyak demi menampilkan karakter yang lebih menakutkan, anda pasti tidak akan melupakan mutu persembahannya dalam filem ini.

nightcrawler

Foto: Open Road Films

 

Foto: Vogue

Baca: 4 Drama Terbaik Lee Jung Jae, Aktor Squid Game