Use your ← → (arrow) keys to browse
Sejak diwujudkan pada September 1984, MTV Video Music Awards (VMA) menjadi terkenal dengan frasa ‘apa sahaja boleh berlaku’.
Pada tahun 1984, Madonna membuat persembahan pentas MTV VMA pertama dengan menyampaikan lagu popularnya, Like A Virgin sambil berguling di atas pentas – satu tindakan yang dianggap memalukan ketika itu.
Selepas 19 tahun, dia menjadi tajuk berita sekali lagi apabila berkucupan dengan Britney Spears dan Christina Aguilera di pentas yang sama.
Namun Madonna bukan satu-satunya selebriti yang ‘menonjol’ di pentas MTV VMA. Glam kongsikan beberapa momen bersejarah yang berlaku di pentas anugerah berprestij itu.