Andre Leon Talley dengan rasa bangga meletakkan Willow Smith sebagai ikon fesyen masa hadapan! Sejak daripada itu nama anak gadis kepada Will Smith dan Jada Pinkkett Smith mula meniti di setiap bibir kelompok fesyen.
Smith yang berusia 15 tahun ini bukan sahaja menjadi penyeri di acara fesyen malahan dia juga membintangi kempen fesyen buat koleksi cermin mata Chanel.
Mengimbau kembali bagaimana kerjayanya bermula adalah apabila terlancarnya lagu Whip My Hair pada 2010. Pelbagai gaya dicubanya termasuklah persalinan corak harimau bintang, gaya militari dan memadukan stail punk dengan feminin.