Who Wore It Better: Cara Atau Bella? - Glam Malaysia

Who Wore It Better: Cara Atau Bella?

 

Cara Delevigne terkenal dengan pilihan fesyennya yang esentrik dan bold. Bella Hadid pula seorang gadis trendsetter millenial. Jadi apabila mereka berdua menggayakan busana yang sama, GLAM sukar memilih mana satu gadis fesyen yang lebih menawan! 

 

Buat tayangan perdana filem terbaharunya, Valerian and the City of a Thousand Planets di Paris, beliau menggayakan gaun maxi rekaan couture oleh Alexandre Vauthier. Mungkin anda pernah lihat busana ini diperagakan oleh seorang jelitawan beberapa minggu lalu? Hal ini kerana Bella Hadid mengenakan gaun yang sama di pentas peragaan pada awal bulan ini, semasa acara Alexandre Vauthier Haute Couture Fall 2017!

 

Dress maxi berona metalik ini mempunyai neckline yang daring tetapi seksi, kerana ianya sungguh rendah! Pergelangan panjangnya dihiasi kristal Swarovski, sekali gus memberi rasa kemewahan tanpa batasan! Ia mempunyai tali baldu bewarna hitam di bahagian pinggang — dan potongan tepi setinggi peha.

 

Cara menggayakan gaun ekslusif ini bersama sepatu suede berbentuk d’Orsay bertali di buku lali. Model Britain ini juga melengkapkan look itu bersama klac tangan nude dan gincu merah saga.

See also
Percutian Tropika Sempurna Dengan Pakaian Renang Potato Head

 

Bella pula memberi nafas yang lebih ringkas kepada stailnya — sepasang stiletto hitam di samping dandanan rambut bersahaja.

 

Siapa lebih stailish tatkala menggayakan busana bernada kemewahan ini? Cara atau Bella?