Use your ← → (arrow) keys to browse
DUA LIPA
Dua Lipa tampil seksi dan menggoda dalam gaun hitam Celine dan rambutnya diikat atas dan bahagian depan menutup dahi. Lebih hangat lagi, Dua Lipa hadir disamping teman lelaki barunya, Romain Gavras.
JENNIE BLACKPINK
Terkenal dengan karya-karyanya bersama kumpulan BlackPink dan paling kini berlakon dalam filem ‘The Idol’, Jennie tampil memukau lagi chic dengan balutan Chanel serta barang kemas Chanel.
CATE BLANCHETT
Antara selebriti wanita yang paling dinantikan penampilannya di atas karpet merah. Dan di Cannes 2023, Cate Blanchett memilih Louis Vuitton sebagai gaya utama. Tampil kasual dalam kemeja dan seluar berperincian warna biru dan disempurnakan dengan tali pinggang dari koleksi pra musim luruh 2023 Louis Vuitton. Blanchett bertambah chic dengan menyarung sandal kulit warna hitam.