Wanita Glamor Hiasi Kempen Jimmy Choo - Glam Malaysia

Wanita Glamor Hiasi Kempen Jimmy Choo

JIMMY CHOO MENAMPILKAN BARISAN WANITA GLAMOR SEBAGAI BINTANG BARU MEREKA DI SUMMER 2022. 

Jimmy Choo lancarkan kempen musim panas 2022 yang dibintangi oleh Precious Lee dan Barbara Palvin bersama Madison Headrick dan Geron McKinley. Terinspirasi dari gaya berpesta yang cukup hangat serta suasananya adalah glamor tepi kolam yang sinonim dengan gaya glamor Hollywood. 

Persekitaran mewah berpadu hiasan yang berani, siluet yang kukuh serta warna-warna hangat menyerlahkan koleksi baharu. Jimmy Choo menghadirkan himpunan tas dan sepatu yang dijamin menjadikan anda pusat perhatian kala memasuki ruangan tertentu. Musim ini, Pengarah Kreatif Jimmy Choo, Sandra Choi mengilhami ‘dewi moden’ dan benar-benar melonjak kemewahan jenama itu, dengan reka bentuk baharu nan unik seperti sandal tali dan kasut ikonik yang telah diolah-daripada sepatu tinggi rona hangat kepada item asas jacquard. Termasuk koleksi cermin mata dalam variasi rupa dan bingkai untuk melengkapi gaya musim panas kali ini. 

Yang benar-benar menangkap keseronokan dan tenaga musim ini. Visual kempen musim ini mencerminkan semangat glamor, berani dan keyakinan Jimmy Choo. 

See also
Gara-gara Sabotaj, Amber Heard Disaman $10 juta!

Ragam jenis ‘pump shoes’ masih menjadi tawaran utama Jimmy Choo dalam koleksi ini. Mulai dari desain yang klasik hingga yang lebih fun dengan sentuhan warna membara. Begitu pula dengan deretan tas yang bisa anda pilih untuk melengkapi penampilan. Semak aksesori dari koleksi Jimmy Choo musim ini yang sesuai dengan karakter anda.

Artikel berkaitan: Antisipasi FENDACE