Use your ← → (arrow) keys to browse
KIERAN CULKIN UNTUK ZEGNA TRIPLE STITCH™
ZEGNA melanjutkan kempen “Road to Tomorrow” dengan pelantikan pelakon yang tercalon untuk Emmy dan Golden Globe-Kieran Culkin sebagai duta global untuk koleksi kasut Triple Stitch™ Luxury Leisurewear. Wajah Culkin dirakam di New York City dan pelakon siri Succession itu bekerjasama dengan ZEGNA dalam kempen ini yang turut memuatkan perspektif kejayaan dan kepemimpinannya.
Koleksi kasut ini merupakan keperluan gaya hidup moden yang mengoptimalkan kepelbagaian, keselesaan dan gaya. Kesemua faktor tersebut membentuk tema utama di sebalik tetapan semula sartorial ZEGNA di bawah pimpinan kreatif pengarah artistik ZEGNA, Alessandro Sartori.
Pemilihan Culkin nyata simbol kepada lelaki masa kini, yang mana makin mengutamakan perihal fesyen. Dii samping itu hal praktikal dan ketukangan yang bermutu turut menjadi kepentingan. Koleksi Triple Stitch™ serba boleh merupakan pelengkap gaya yang bersifat elegan, kasual dan menginspirasikan.