Use your ← → (arrow) keys to browse
Lapangan fesyen lelaki bertambah kukuh dengan taruhan wajah-wajah masa kini. Tampilan mereka menghangatkan lagi kempen sekaligus mencipta fenomena tersendiri.
LIONEL MESSI UNTUK LOUIS VUITTON
Louis Vuitton dengan bangga mempersembahkan “Horizon Never Ends”-kempen tema percutian terbaru mereka yang menarik dan dibintangi oleh juara dunia di dunia bola baru-baru ini, Lionel Messi.
Jenama Louis Vuitton yang terkenal sebagai pembuat tas kulit dan bagasi dengan desian monogram mereka yang khas dan ‘timeless’. Untuk koleksi travel kali ini, model Horizon menjadi andalan para penggemar kerana perincian yang praktikal, tahan lama dan tetap stylish.
Kempen ini menceritakan sebuah bagasi Horizon yang menjadi peneman kembara Lionel Messi. Dalam penghasilan visual, yang diambil oleh Glen Luchford, pemain bola sepak tersebut terlihat berada di lokasi tertentu sekitar lapangan terbang bersama koleksi bagasi Horizon miliknya.