Use your ← → (arrow) keys to browse
Victoria’s Secret juga akan dipisahkan daripada L Brand dan Bath & Body Works untuk membentuk syarikat sendiri. Menurut Associated Press, syarikat itu telah berusaha untuk mencuba haluan perniagaan berbeza dengan mengubah budaya korporat, mencipta fesyen baharu dan merancang semula pengurusan butik sejak sekian lama.
Walaupun jenama ini dikenali dengan stail seksi, wanita kini beralih kepada pilihan yang lebih selesa terutama ketika pandemik Covid-19 di mana kebanyakannya menghabiskan masa di dalam rumah disebabkan sekatan pergerakan.
Victoria’s Secret sebelum ini berdepan kecaman dan dituduh mengamalkan seksisme dan rasisme kerana kekurangan diversiti di kalangan barisan model. Ia juga menghadapi masalah kewangan termasuk saingan daripada jenama inklusif seperti Aerie dan Savage x Fenty yang memberi impak negatif kepada hasil jualan.