Victoria's Secret Fantasy Bra 2018 Bakal Diperagakan Oleh...

Victoria’s Secret Fantasy Bra 2018 Bakal Diperagakan Oleh…

And the Fantasy Bra goes to…. Elsa Hosk!

 

Elsa Hosk yang dinobatkan sebagai salah seorang Angel Victoria’s Secret pada tahun 2015 kini boleh menambah Model Fantasy Bra idaman ramai ke dalam portfolionya. Victoria’s Secret telah mengumumkan Hosk sebagai model bertuah yang bakal memperagakan Fantasy Bra mereka tahun ini.

 

“Ia kelihatan sangat hebat, moden, dan berkilauan. Saya mengenakan bra tersebut dan ia seakan seseorang telah menghasilkan magis dan meletakkannya pada tubuh saya,” ujar Hosk.’

 

Menurut keterangan rasmi, Fantays Bra Atelier Swarovski tahun ini menggunakan siluet bralette yang lengkap dengan rantai badan. Bertatahkan 2,100 berlian Swarovski, bra ini dilaporkan bernilai $1 juta. Fantasy Bra ini juga telah memakan masa selama 930 jam untuk disiapkan.

See also
Impian Krismas Sempurna Dengan Diamond & Platinum

 

Tahun ini juga merupakan pertama kalinya Fantasy Bra ini, versi komersial, boleh dibeliĀ and do not worry, bra tersebut juga akan mempunyai berlian Swarovski yang anda impikan.