Use your ← → (arrow) keys to browse
Versace telah mengeluarkan imej kempen baharu beg Greca Goddess, dengan warna merah jambu eksklusif buat pasaran Asia Pasifik.
Versace telah melancarkan kempen baharu yang dipanggil “I love you, but I’ve chosen Versace” bersama rona eksklusif yang berteraskan self-love.
Imej daripada jurugambar Nick Yang, dan video oleh Harvey Lee, menunjukkan pertembungan gaya klasik dan kontemporari buat kempen Versace Fall-Winter 2022.
Ia menampilkan model Liu Lijun dan Lin Xiangxiang, menyarungkan koleksi musim ini, termasuk t-shirt dengan “I love you, but I’ve chosen Versace” dengan bangganya terpampang di bahagian hadapan baju.
Beg Greca Goddess, gaya utama kempen dan pertunjukan fesyen Fall-winter 2022 disiapkan dalam warna merah jambu blush pink yang eksklusif, hanya terdapat di rantau wilayah Asia Pasifik.