Versace La Greca, Sorakan Corak Terhangat Bersama Ameera Khan - Glam Malaysia

Versace La Greca, Sorakan Corak Terhangat Bersama Ameera Khan

PENGARANG FESYEN: Johan Kassim, PENGARAH SENI: Amirul Ariffin, SOLEKAN: Shiyo Joo, PENATA GAYA HIJAB: Naz Zunaidi, GAMBAR: Chee Wei

Asal usulnya adalah bermula sejak 1988, kisah bagaimana cetakan La Greca Versace bermula di Reggio, Calabria di Itali Selatan, sebuah pantai berbandar, yang mana pengasas Gianni Versace membesar di kawasan yang dipenuhi dengan bahan runtuhan dan peninggalan Greek. Dipengaruhi oleh mitologi Greek sepanjang masa mudanya, Gianni memilih identiti Greek-jaluran, motif geometri yang saling menghubung menyerupai labirin, ditemui di kuil, bangunan dan barang kemas lama-sebagai salah satu simbol rumah terbilang Versace yang kami kenali dan kagumi sehingga ke hari ini. Dinamakan ‘La Greca’, motif itu digunakan sebagai monogram yang menyimbolkan jenama-sinonim dengan kemewahan, glamor dan ekstra-fesyen Itali yang terkenal di dunia. 

Sempena musim luruh/sejuk 2021, Donatella Versace merangkap Ketua Pegawai Kreatif Versace, mengolah semula corak klasik berupa reka bentuk tiga dimensi yang menonjol dengan bucu tajam, garisan bersih dan variasi kombinasi warna berani yang mewakili kuasa dan keyakinan diri. Cetakan baharu ini secara bebasnya menghiasi seluruh koleksi, membentuk monogram unik. Terlihat pada deretan pakaian, dress mesh, pakaian malam yang menggoda, koleksi lelaki, bercetak pada helaian denim dan juga aksesori perhiasan seperti anting-anting, klip rambut, barang kemas dan gancu. 

See also
Venice Film Festival 2018 Menampilkan Look Paling Menawan Golongan Selebriti

La Greca baharu pastinya memenuhi DNA Versace-segar, berani dan ‘unapologetic’-dan dijangka menonjolkan kod rumah di samping cetakan kepala Medusa dan Barocco. Donatella juga memperkenalkan seni grafiti, cetakan kepala Medusa yang menyerupai emoji, dibingkai oleh dinding La Greca, untuk menyuntik semangat pemberontak jenama itu. Emoji tersebut dipaparkan pada skaf, helaian luar lelaki, kemeja wanita dan beg tote. 

Satu lagi sorotan utama dari koleksi musim luruh/sejuk 2021 ialah beg tote La Greca baharu yang luas ukuran dalamannya. Dengan butiran tambahan yang boleh ditambah dengan beg mini beserta klip sebagai sentuhan utilitarian. Ciri yang menyeronokkan ini membolehkan anda menambah sehingga empat beg mini pada beg tote secara mudah, ia seperti anda memiliki berbilang beg dalam satu rekaan. Jika digayakan berasingan, aksesori berukuran kecil ini boleh digunakan sebagai dompet syiling atau menyimpan kad nama-it’s functionality at its best!

Bukan itu sahaja, malah beg hibrid juga dilengkapi dengan tali bahu yang boleh di tanggal. Hadir dalam rona warna memikat yang turut dihiasi dengan cetakan La Greca, yang menjadikan beg tote tersebut disilang atau menjinjingnya secara bebas. Jika anda mencari beg kerja yang luas dengan pelbagai trik penggayaan, ini pastinya! 

See also
Aidilfitri 2021, Gaya Selebriti Sambut Syawal

 

AMEERA LOVES VERSACE

Sebagai peminat tegar jenama itu, Ameera Khan, 21 tahun yang dikenali dengan cita rasa fesyennya dan sebagai ‘style influencer’ berkongsi pendapatnya mengenai koleksi ini:

“Cetakan La Greca yang baru ini ialah persilangan unik antara masa lalu dan masa depan, memberi ikon yang dibayangkan semula. Lantas, membentuk laluan baharu untuk Versace tanpa menjejaskan DNA mereka, kekal relevan pada gaya semasa,” katanya. 

 

 

“Saya suka pada deretan siluet yang berinspirasikan era ‘90-an, sarat dengan cetakan monogram dari atas ke bawah. Kontra antara corak dan warna menyifatkan koleksi yang versatil, yang membolehkan saya bereksperimen dengan penampilan ‘day-to-night’ atau malah ‘edgy’ dan feminin. Sementara itu, dompet modular yang boleh dicabut menjadikan penggayaan lebih menyeronokkan kerana saya boleh suai padan mengikut mood saya,” tambah Ameera lagi. 

Ikon fesyen terkenal, Donatella Versace telah berjaya mengekalkan inovasinya dalam dunia yang sentiasa berkembang-kualiti yang dikagumi Ameera. “Dia sangat hebat dalam mencipta detik ikonik dalam persada fesyen, sama ada di pertunjukan atau karpet merah! Donatella benar-benar memancarkan intipati dan falsafah jenama- ‘unapologetic’ namun seksi dan yang paling penting, berusaha untuk memperkasakan lelaki dan wanita melalui kecantikan, stail dan ekspresi diri,” kongsinya. 

See also
Ritma Gaya Emporio Armani Musim Luruh 2023-Mengajak Kita Untuk Berseronok

Untuk menerokai koleksi Versace La Greca, klik sini. Dekati koleksi secara peribadi di Versace, tingkat 1 & 2, Couture Pavilion, Pavilion KL, Bukit Bintang, 55100, Kuala Lumpur.

#VERSACE #VERSACEMY #VERSACEFW21

 

VERSACE LA GRECA YANG HANGAT 

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Beg Tote La Greca Signature dalam Biru & Merah