Valentino Resort 2021, Kod Gaya 'Flowy' & Bebas - Glam Malaysia
Valentino Resort 2021, Kod Gaya 'Flowy' & Bebas

Valentino Resort 2021, Kod Gaya ‘Flowy’ & Bebas

Ringan, bebas dan praktikal-tiga perkataan yang sempurna mendefinisikan himpunan Valentino Resort 2021. Akrab dengan gaya bepergian, namun Valentino faham akan situasi sekarang, yang mana krisis pandemik menghalang kita untuk bergerak bebas.Tidak seperti sebelum-sebelum ini. Stylish vacation is a must every year. Apa pun, koleksi musim ini ternyata direka tidak mengkhusus mana-mana acara. You can wear it anywhere and anytime. Pakai di rumah? Mengapa tidak?

Aspek praktikaliti memaut hebat dalam koleksi musim ini. Ia mudah untuk digayakan. Inilah apa yang dicari-cari oleh golongan wanita masa kini. Wanita memerlukan helaian yang menyediakan opsyen. Opsyen gaya yang boleh diadaptasi ke mana-mana destinasi tujuan. Kerana dalam satu hari itu, pelbagai urusan dan ada aktiviti yang perlu dilaksanakan. Satu ‘look’ dari koleksi ini, membolehkan pemakai untuk dipakai ke ‘brunch’ bersama teman-teman. Dan disebelah petang pula, ‘look’ tersebut boleh sambung pakai untuk mengadakan aktiviti kekeluargaan. Multi tasking at its best. Begitu juga dengan stail, haruslah dijadikan opsyen untuk banyak acara.

See also
NYFW: Soho Nostalgic

Siluet longgar menegap tiap rekaan terkandung. Memberikan ruang untuk bergerak bebas, tanpa ada batasan. Ruang yang cukup untuk bergerak dalam sesuatu rekaan memberikan keselesaan optimum. Tidak lagi rekaan yang terlaulu fit sehingga menimbulkan rasa kurang senang. Kerana itulah, pada dasarnya koleksi ini wajar dibawa sewaktu melancong. Tetapi, disebabkan ‘lockdown’, semestinya setiap stail ‘membenarkan’ ia dipakai berada di rumah. Cozy dan kekal bergaya. Stylish at home. Inilah masanya.

Corak-corak lantang yang menghiasi pada setiap ceraian, memperkukuhkan lagi elemen stail musim percutian. Valentino percaya pada kuasa tampilan çorak lantang, selain menonjolkan karakter, ia menyuntik kontra yang berpada. Not too much. Begitu jugalah dari aspek kombinasi warna-warnanya yang pada dasarnya bersifat saling menentang. Sungguhpun kontra, ia nampak sepadan. Terdapat juga, penggunaan warna-warna asas yang mencipta imej ‘bersih’. Minimal. Misalnya, putih, hijau dan brown yang direka polos tanpa butiran megah. Padanan aksesori yang bersifat feminin dan unik, mencipta sebaris persalinan yang menuntut kemahuan wanita masa kini.

See also
Top 3 Wanita Bergaya ‘LUXE’ Terbaik Minggu Ini

Artikel berkaitan: Chateau De Chenonceau Menginspirasi Virginie Viard