Valentino Garavani Mekar Dengan Adi Aksesori - Glam Malaysia
valentino garavani

Valentino Garavani Mekar Dengan Adi Aksesori

Jika kita singkap fesyen utama di Valentino pasti peminat setia jenama ini tahu akan empat pucuk gaya utama mereka. Jenama Itali ini mewah dengan gaya pepaku, ribon, perincian berlisu dan semestinya kelopak bunga mawar. Sempena dengan menghargai Valentino Garavani, makanya, Pengarah Artistik mereka, Pierpaolo Piccioli  menyajikan koleksi berasaskan bunga mawar. Kelopak bunga mawar ini dijadikan perincian asas buat koleksi khas Valentino Garavani.

valentino garivani

VALENTINO GARAVANI 03 ROSE EDITION ATELIER HOBO BAG

Di Valentino, mereka tidak hanya mahu menjulang tinggi nilai adi busana. Malahan melalui koleksi cukup mewah ini, Valentino membuktikan yang adi aksesori juga menjadi taruhan utama. Setiap kelopak bunga ini dicantikan satu persatu menggunakan tangan untuk memberikan lagi nilai mewahnya. Ia terus mencipta elemen unik yang menjelmakan kemasan tiga dimensi pada setiap kelopak bunganya.

valentino garavani

VALENTINO GARAVANI ATELIER SHOES 03 ROSE EDITION SNEAKER

VALENTINO GARAVANI ATELIER SHOES 03 ROSE EDITION SLINGBACK PUMP

Singgah ke butik Valentino, Pavilion Kuala Lumpur yang terletak di tingkat 3 (Lot 3.09.02B) untuk melihat lebih dekat seni rekaan adi aksesori mewah yang baharu ini. 

See also
10 Hot Model Terkini Yang Menguasai Dunia Fesyen

#ValentinoCollezioneMilano #AtelierBag #AtelierShoes

Pautan Berkenaan: Valentino Garavani Roman Stud Top Handle Cetusan Ikonik Moden