Twist Louis Vuitton beraksi Dengan Kaia Gerber - Glam Malaysia
twist louis vuitton

Twist Louis Vuitton beraksi Dengan Kaia Gerber

Sudah masuk tahun ke-enam beg Twist ini diperkenalkan oleh Nicholas Ghesquiere di pentas Louis Vuitton. Beg yang mempunyai gancu berlogo LV sudah menempa namanya sebagai satu ikon moden buat jenama itu. Kini, beg ini terus dirayakan dengan karakter yang lebih segar. Apa yang meletakkan beg ini unik adalah pada gancunya. Ghesquiere mendapat ilham daripada arkib Louis Vuitton sendiri. Melalui clutch Epi Trapeze yang mempunyai gancu gabungan L dan V. Apabila mahu dibuka, laraskan sahaja L pada bentuk V! terus mencipta efek V yang sinonim dengan Louis Vuitton.

twist louis vuitton

Beg yang hadir dalam rekaan yang cukup ringkas, serta menggunakan kulit Epi membolehkan ia sering digubah-gubah. Saban musim menjelma, pasukan di Louis Vuitton pasti memberikan hembusan gaya baru pada beg Twist. Ia sudah hadir dalam ratusan gaya yang unik serta percikan rona yang tiada batasannya. Tidak mustahillah, kali ini beg Twist ini dirias lain bagi meraikan musim baru. Serta, sekali lagi Kaia Gerber dijemput bagi menjadi wajah utama kempen beg ikonik moden di Louis Vuitton.

See also
Gaya Jalanan Elisa Nalin

Cetusan baru koleksi Twist ini adalah penggunaan dwi rona pada gancunya memberi cetusan yang lebih menarik. Selain itu, tali bahunya pula direka lebih lebih untuk memberi rasa selesa ketika bergaya dengan beg yang satu ini. Juga, ia ditawarkan dalam gabungan rona yang lebih kontemporari seperti paduan jingga dan merah jambu pop atau biru berbalas dengan pink.

Pautan Berkenaan: Talk Show Gucci Dengan Beg #GucciBeloved