Trend Kasut Yang Diramal Bakal Mendominasi Tahun 2025 - Glam Malaysia

Trend Kasut Yang Diramal Bakal Mendominasi Tahun 2025

Aliran fesyen semestinya akan sentiasa bergerak dengan pantas mengikut musim dan tahun yang mendatang. GLAM kongsikan trend kasut yang diramal akan mendominasi untuk tahun baharu 2025 ini.

Tahun 2025 akan menjadi tahun yang cukup menarik buat penggemar fesyen! Dengan Matthieu Blazy yang beralih dari Bottega Veneta, jenama yang sinonim dengan citarasa dan kini beralih ke rumah fesyen ikonik, Chanel atau Louise Trotter yang pula mengganti tempat di Bottega, pastinya banyak perkara yang akan dilihat, dianalisis serta dibeli. Pemindahan serta perlantikan baharu ini nyata bakal menggegarkan pasaran item-item fesyen yang akan menjadi trend terkini fesyen untuk tahun 2025.

Sementara menunggu penampilan sulung oleh pereka-pereka besar ini serta jenama fesyen yang lain, GLAM ingin berkongsikan trend fesyen yang akan menjadi hangat dan mungkin bakal mendominasi kerana it’s out with the old, in with the new. Khususnya, kajian trend kasut dari segi pilihan siluet, warna, cetakan, material serta perhiasan lantas menjadi elemen penting untuk dibicarakan.

See also
Takluk Dunia Gaya dengan Clash de Cartier

Ini Trend Kasut Yang Mungkin Menjadi ‘Hit’ Untuk Tahun 2025!

1. Suede is back

Dalam tidak sedar, material suede semakin popular musim ini, terutamanya dalam item fesyen seperti kot dan beg. Namun, ia juga telah mula menguasai pada kasut. Bukan hanya but, malah kasut seperti loafer, bagal, sandal, dan tumit kini turut dihiasi dengan material suede sebagai reaksi terhadap trend barat atau boho yang semakin mendapat tempat dalam dunia fesyen.

2. Loafers berplatfom

Loafer rata telah mendominasi sejak bertahun-tahun lalu, tetapi kini masanya untuk menambah ketinggian. Loafer ultra-platform Gucci menjadi tular beberapa musim lalu, namun kini jenama-jenama fesyen lain seperti Loewe, Bottega Veneta hingga lah ke Victoria Beckham, telah memberi sentuhan yang lebih praktikal pada reka bentuk loafer mereka. Kini, anda boleh menemui loafers dengan suntikan berplatform, tumit kitty cat, tumit blok, dan bahkan stiletto penuh, bakal mengubah gaya yang dahulunya sederhana kepada sesuatu yang lebih menarik dan seksi.

3. Kasut clogs

Salah satu tema terbesar yang kembali popular dari era boho selain bermain dengan material suede adalah terompah. Sama ada terompah berplatfom rata atau tinggi, kunci untuk trend fesyen ini adalah menganggapnya sebagai suatu statement pada busana yang digayakan. Padanan kasut clogs dengan seluar pendek, seluar kulit, atau pakaian bermaterial ringan boleh dicuba untuk tampilan yang menarik.

See also
Aidilfitri 2021, Gaya Selebriti Sambut Syawal

4. Inovasi but gaya baharu

Jika ingin membeli but pada tahun 2025, biarkan ia kasut but dengan inovasi trend baharu. Banyak jenama fesyen seperti Dior, Gucci dan Stella McCartney telah membawakan trend ini semasa landasan Musim Bunga/Musim Panas 2025. Menginovasikan reka bentuk kasut but yang dikombinasi seperti loafer atau sneakers, ternyata mungkin menjadi satu trend yang hit untuk penggemar fesyen.

5. Snake skin

Walau trend cetakan harimau bintang masih mendominasi sehingga kini, namun cetakan ular pula akan menjadi giliran seterusnya. Bukan secara literal, tetapi menurut kalendar Cina, tahun 2025 merupakan ‘tahun ular’. Penggemar fesyen boleh menggayakan sama ada cetakan penuh ular yang menghiasi kasut atau hanya dengan sedikit serpihan yang mampu memberi statement untuk trend ini. Cetakan ular boleh memberi tampilan gaya yang cukup edgy dan berani.

Artikel Berkaitan: 4 Trend Fesyen Yang Bakal ‘Rule’ Tahun 2024