Tod’s Membawa Kendall Jenner dan Roberto Bolle Merasai Keindahan Musim Panas
Berlatarbelakangkan panorama menawan musim panas di tepi pantai, model Kendall Jenner dan penari Roberto Bolle dilihat meluangkan masa bersama menikmati keindahan yang ditawarkan oleh Malibu. Dirakam oleh Baron & Baron, Jenner dan Bolle mengenakan ceraian daripada koleksi musim Bunga/Panas 2018 Tod's sambil mereka berlari-lari anak di persisiran pantai dengan gelak tawa mereka yang memeriahkan lagi kempen ini. Dengan konsep 1970-an yang nyata dalam koleksi mereka, Tod's ingin menonojolkan suasana musim panas di Itali dengan koleksi terbaru ini. Mengekalkan signatur dan kemahiran mereka dalam penggunaan kulit, koleksi Bunga/Panas 2018 Tod's kali ini ditambah dengan elemen elegan.
0 Comments