Thierry Mugler Dan Kisah Fesyennya Paling Ikonik - Page 6 of 6 - Glam Malaysia

Thierry Mugler Dan Kisah Fesyennya Paling Ikonik

Manfred Thierry Mugler pergi dengan meninggalkan karya-karya fesyen yang membuatkan kita semua terpana sentiasa!

Dunia hilang lagi satu ikon fesyen paling berpengaruh, Manfred Thierry Mugler. Dalam perkongsian yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, khabar duka ini meninggalkan kesan hiba dan sedih buat kelompok fesyen. Gugurnya insan yang cukup kreatif dan sering kali melawan arus semasa. Menjadikan Mugler satu ikon yang gah di persada fesyen dan seni kreatif. Ini cebisan kisah ikoniknya yang GLAM mahu kongsikan.

6 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

TOO FUNKY!

Sebenarnya Mugler mahu menjadi pengarah filem, tetapi dia melihat fesyen lebih banyak yang boleh menjayakan idea kreatifnya. Tetapi pada 1992, George Michael menghidupkan impiannya dengan memberi tugasan kepada Mugler untuk mengarah video klip lagu Too Funky. Kostum yang dipakai oleh peragawati seperti Tyra Banks, Eva Herzigova dan Linda Evangelista direka kash olehnya juga.