Thierry Mugler Dan Kisah Fesyennya Paling Ikonik - Page 5 of 6 - Glam Malaysia

Thierry Mugler Dan Kisah Fesyennya Paling Ikonik

Manfred Thierry Mugler pergi dengan meninggalkan karya-karya fesyen yang membuatkan kita semua terpana sentiasa!

Dunia hilang lagi satu ikon fesyen paling berpengaruh, Manfred Thierry Mugler. Dalam perkongsian yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, khabar duka ini meninggalkan kesan hiba dan sedih buat kelompok fesyen. Gugurnya insan yang cukup kreatif dan sering kali melawan arus semasa. Menjadikan Mugler satu ikon yang gah di persada fesyen dan seni kreatif. Ini cebisan kisah ikoniknya yang GLAM mahu kongsikan.

5 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

KOLEKSI SERANGGA!

Jika dihimpunkan semua koleksinya, Les Insectes yang dipersembahkan pada koleksi adibusana musim bunga 1997 duduk dicarta paling utama. Koleksi ini bermain dengan idea bagaimana jika wanita itu disatukan dengan serangga. Gubahan baju mengambil idea serta karektar serangga. Ada gaun yang disertakan dengan sayap rama-rama juga sut yang direkan menggunakan getah.