Thierry Mugler Dan Kisah Fesyennya Paling Ikonik - Page 3 of 6 - Glam Malaysia

Thierry Mugler Dan Kisah Fesyennya Paling Ikonik

Manfred Thierry Mugler pergi dengan meninggalkan karya-karya fesyen yang membuatkan kita semua terpana sentiasa!

Dunia hilang lagi satu ikon fesyen paling berpengaruh, Manfred Thierry Mugler. Dalam perkongsian yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, khabar duka ini meninggalkan kesan hiba dan sedih buat kelompok fesyen. Gugurnya insan yang cukup kreatif dan sering kali melawan arus semasa. Menjadikan Mugler satu ikon yang gah di persada fesyen dan seni kreatif. Ini cebisan kisah ikoniknya yang GLAM mahu kongsikan.

3 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

THIERRY MUGLER, COUTURISSIME 

Musee Des Arts Decoratifs melangsungkan satu pameran bertajuk Thierry Mugler, Couturissime. Ia sudah berlangsung sejak 30 September tahun lalu dan bakal berakhir pada 24 April 2022. Pameran ini menghimpunkan karya Manfred Thierry Mugler sebagai pereka fesyen, perencana kostum panggung juga kisah koleksi wangiannya yang ikonik. Pameran ini dihasilkan oleh Thierry-Maxime Loriot.

Thierry Mugler