Thierry Mugler Dan Kisah Fesyennya Paling Ikonik - Glam Malaysia

Thierry Mugler Dan Kisah Fesyennya Paling Ikonik

Manfred Thierry Mugler pergi dengan meninggalkan karya-karya fesyen yang membuatkan kita semua terpana sentiasa!

Dunia hilang lagi satu ikon fesyen paling berpengaruh, Manfred Thierry Mugler. Dalam perkongsian yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, khabar duka ini meninggalkan kesan hiba dan sedih buat kelompok fesyen. Gugurnya insan yang cukup kreatif dan sering kali melawan arus semasa. Menjadikan Mugler satu ikon yang gah di persada fesyen dan seni kreatif. Ini cebisan kisah ikoniknya yang GLAM mahu kongsikan.

1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

BAJU BASAH KIM KARDASHIAN 

Setelah bercuti lama dalam menghasilkan baju, Mugler mengejutkan orang fesyen dengan mereka satu dress khas buat Kim Kardahsian. Wet Look adalah nama khas buat dress yang disarungkan oleh Kardashian ketika hadir ke acara Met Gala 2019. “Seperti baru keluar daripada lautan Pacific dan terus ke Met Gala!” kongsi Kardashian ketika ditanya inspirasi Mugler. Baju lateks ini mengambil masa lapan bulan untuk disiapkan