The Road Less Traveled

The Road Less Traveled

Hujung tahun adalah masa paling sempurna untuk membawa diri untuk merehatkan minda. Dalam nada yang cukup bersih dan segar, usah lupakan tentang gaya ketika berlibur. Mungkin idea sorakan warna di Chanel adalah jawapan untuk mengindahkan gaya percutian hujung tahun. Koleksi Pra-Musim Bunga 2020 oleh Chanel ini menyuntik elemen segar melalui pemilihan ronanya. Pengarah Kreatif Chanel, Virginie Viard cuba lari daripada kod rona lampau dengan memperkenalkan palet ungu, merah jambu, hijau lembut untuk wanita baru Chanel.

Paling menonjol adalah bagaimana Viard memberikan hembusan baru pada ceraian tailored yang mana menjadi item penting oleh mendiang Coco Chanel dan mendiang Karl Lagerfeld. Namun, sentuhannya lebih meraikan karakter wanita yang mahukan gaya praktikal dan keselesaan ketika berlibur. Makanya hadirlah jaket yang digayakan bersama seluar potongan besar, meminjam ideanya daripada pakaian seragam pekerja lelaki. Untuk nampak lebih feminin, jaketnya diberi penegasan pada pinggang dengan tali pinggang rantai bereben.

5 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse