GLAM Persona: Next Gen 2021 - Glam Malaysia

GLAM Persona: Next Gen 2021

Setiap generasi terus berikhtiar menjadi sosok yang lebih baik daripada pendahulunya. Lantas, mempertontonkan pembaharuan selari arus pemodenan dunia tanpa sempadan. Alena Murang, Serena Mukhriz dan Sherry Amin dijemput bagi membarisi isu NEXT GEN 2021. Mereka maju memasang angan-angan, mengalas cita-cita bagi mengatur masa depan dengan lebih toleransi lagi berempati.

Pengarah Kreatif: Aizat Aidid Pengarang Fesyen: Johan Kasim Gambar: Chin Too Solekan: Khir Khalid Dandanan: Juno Ko Rias Kuku: Nails & Claws Teks: Zuhairie Sahrom Barang Kemas: Koleksi Serpenti oleh Bvlgari

next gen 2021

Refreshed and ready to take on 2021! Menyingkap lembaran baru, GLAM Malaysia mengundang pemuzik genre world music merangkap bintang sape’ tersohor kelahiran bumi Kenyalang, Alena Murang. Disamping itu, berkesempatan mengenali dengan lebih rapat lagi cucu Tun Dr. Mahathir, yakni anak perempuan Dato’ Seri Utama Mukhriz Mahathir; Melia Serena Mukhriz yang merupakan pelajar tahun pertama Universiti Brighton menekuni ilmu Psikologi dan Kriminologi. Tidak lupa sama, aura pengasas komuniti SKRLWN (disebut Sukarelawan), Sherry Amin yang berjuang memperkasakan penyertaan belia dalam kesukarelawanan dan aktivisme sosial. Duduk, menemu bual ketiga-tiga wanita ini; aku tertawan dengan pesona personaliti mereka. Cukup intelektual, berketerampilan diri yang positif lagi bijak mengaturkan kata. Lantas, dipertemukan dengan kesempatan ini. Ternyata tidak ada wanita muda yang selayaknya untuk membarisi isu Next Gen 2021, langsung menjadi penghias kulit muka isu kemunculan semula GLAM Malaysia.

OUR NEXT GEN 2021 DALAM BARANG KEMAS KOLEKSI SERPENTI OLEH BVLGARI. ALENA MENYARUNG DRESS LOEWE, SERENA DALAM PERSALINAN DIOR DAN SHERRY BERBUSANA LOUIS VUITTON.

ALENA MURANG

See also
10 Filem Komedi Romantik Terbaik Di Netflix

Orangnya tinggi lampai berketinggian sekitar 178 cm! Pertama kali diperkenalkan kepada wanita ini sewaktu dia menghadiri parti tahunan Alphamen, GLAM Lelaki. Hadir disamping Joshua Fitton yang mengangkatnya sebagai muse jenamanya malam itu. Alena Murang mencedok inspirasi daripada pautan dua sangkala; antara masa lalu dan masa kini. Lantas, memperkasakan nilai warisan keturunan Dayak suku kaum asli Kelabit. Wanita berbintang Leo ini adalah anak jati bumi Kenyalang. “Dilahirkan di Kuching, Sarawak, ayah saya Ose Murang adalah orang Kelabit dan ibu pula berdarah campuran Inggeris-Itali. Namanya Valerie, seorang antropologi, dan mereka bertemu ketika ibu saya mengajar bahasa Inggeris di Kuching pada tahun 1980-an,” tutur Alena memperkenalkan diri.

next gen 2021
ALENA MURANG BERCINCIN DAN SUBANG KOLEKSI SERPENTI OLEH BVLGARI

“Saya berpunya seorang abang yang kini menetap di London. Kami berdua sungguh bertuah kerana dapat menyelami kepelbagaian budaya dan atmosfera sejak kecil lagi. Dengan aktiviti seperti mendaki ke air terjun di hujung minggu, berjaga malam di kampung bagi meneliti upacara-upacara kebudayaan yang unik. Saya mula mempelajari tarian tradisional Sarawak saat usia mencecah enam tahun. Dan bila usia berganjak 11 tahun saya mula berlatih bermain sape’. Di mana, saya merupakan pelajar pertama dari generasi saya; sekali gus menjadi antara gadis pertama yang bermain alat muzik tradisi Sarawak ini. Kami dikenali sebagai Anak Adi Rurum Kelabit.”

See also
Kempen Zayn Malik x Versus Versace Turut Dibintangi Seorang Hadid

SHERRY AMIN

Berbicara selanjutnya mengenai dunia keusahawanan, Sherry Amin, 24, adalah salah seorang individu yang tidak tahu untuk duduk diam; bagi menikmati saat lapang di rumah ketika pandemik ini. Selain memerankan peranan sebagai presiden dan pengasas komuniti SKRLWN, Sherry juga memiliki jenama pakaian yang digarap olehnya sendiri. Saya bertanyakan ‘Apakah Resolusi dan matlamat Tahun Baru’ gadis berbintang zodiak Libra ini. Membuka bicaranya, “resolusi 2021 saya adalah hanya untuk melaksanakan atau melakukan sesuatu, sekalipun saya masih belum ketahui apa perencanaannya. I just want to do it. Pedulikan apa yang orang sekeliling mahu katakan dan saya tidak mahu mendengar atau melayani perasaan tidak yakin pada diri sendiri,” ujarnya.

NEXT GEN 2021
SHERRY AMIN BERANTAI DAN SUBANG SERPENTI OLEH BVLGARI. DRESS SUEDE SALVATORE FERRAGAMO.

Terang Sherry lagi, “satu perkara yang saya pelajari atau perolehi daripada memperhatikan orang sekeliling memaksa saya untuk
mengembangkan rasa untuk berkomuniti. Sejak sekian lamanya kita sudah berpecah belah. Terutama di negara kita, perbezaan suku kaum, warna kulit bahkan agama. Pasti, Virus Corona yang menyebabkan COVID-19 ini bisa menyerang sesiapa saja. Ia tidak mengenali warna, bangsa, usia atau latar belakang jantina mahupun sosial. Kita perlu sedari bahawa kita semua berjuang dalam pertempuran yang sama. Demikian, kerana pandemik inilah kita semua akhirnya saling berempati antara satu sama lain.”

See also
A-List GLAM: Fyza Kadir

MELIA SERENA MUKHRIZ

Hadir di set penggambaran bersama ibunda tercintanya, Tok Puan Norzieta Zakaria, Melia Serena Mukhriz baru saja memasuki usia 19 tahun November lalu. Mesra disapa Serena, darah yang pekat mengalir adalah darah pesona ahli politik kerana anak muda ini adalah anak kepada Dato’ Seri Utama Mukhriz Mahathir merangkap cucu kepada Tun Dr. Mahathir. Mungkin ramai yang mengenalinya Serena kerana lantang menyuarakan pendapatnya, sekali gus mencetus kontroversi. Biar apa pun, tidak ada salahnya untuk memberikan pandangan. How bad is bad? Dapat duduk berbual lalu berkongsi cerita dengannya, sungguh teruja!

MELIA SERENA MUKHRIZ BERGAMBAR DENGAN CINCIN DAN GELANG TANGAN SERPENTI OLEH BVLGARI. BAJU KAIT BOTTEGA VENETA.

“Saya mempunyai tiga orang adik beradik, Ally yang sulung. Hakeem, satu-satunya anak lelaki dalam keluarga dan Mia anak bongsu. Saya dilahirkan dan dibesarkan sepenuhnya di Kuala Lumpur. Menuntut di Sekolah Antarabangsa Garden selama 12 tahun, sejak tadika lagi. Kini saya menyambung pengajian di tahun pertama dengan mengikuti kelas dalam talian mengambil jurusan Psikologi dan Kriminologi di University of Brighton, London. So, I’m not doing any of the politics,” katanya memberi introduksi sambil tertawa.

Artikel sepenuhnya di dalam GLAM JAN/FEB 2021

https://www.youtube.com/watch?v=GBnBuI_M_Xs