The Love Diamond Pelengkap Gaya Eyka Farhana Setiap Hari
Barang kemas perhiasan harian menyuntik gaya chic kontemporari. The Love Diamond, janjikan koleksi dengan potongan berlian terbaik dalam rekaan penuh glamor dan mewah.
Setiap wanita mengimpikan permata hiasan melengkapi pergelangan tangan, telinga, leher juga jari jemari. Lebih-lebih lagi apabila dapat menyarung berlian sebagai perhiasan harian. GLAMi ingin cadangkan anda untuk tampil menggayakan berlian daripada The Love Diamond sebagai perhiasan setiap hari. Memiliki potongan berlian yang hebat dengan adanya lapan bentuk hati dan lapan bentuk anak panah dengan simetri yang sempurna menjadikan ia satu berlian ideal. Kemilau dan ketukangan yang cemerlang disamping gilapan berlian yang cukup teliti menjadikan ianya sangat istimewa serta lain daripada yang lain.
Berlian secara peribadinya adalah perhiasan lambang cinta dan abadi sampaikan ada wanita menyarungnya hanya pada acara tertentu. Bukanlah alasan untuk anda tidak menghargai berlian setiap hari. Maka The Love Diamond hadirkan koleksi berlian versatil. Rekaan yang berinspirasikan gaya klasik serta suntikan moden dengan konsep stackable, menjanjikan lagi gaya chic kontemporari pada si pemakai.
Setiap satu daripada koleksi ini dicipta cukup indah dan kemas. Diperbuat daripada 18 karat emas, anda boleh menyaksikan koleksi anting-anting jenis stud, gelang dan gelang berhias loket. Selain itu, koleksi cincin, gelang dan rantai yang boleh disarung secara berlapis (stackable) antara tawaran gaya disediakan jenama ini, kerana mereka memahami wanita moden hari ini yang gemar menggayakan lebih dari satu perhiasan.
“Kami tidak percaya, anda harus tunggu sehingga tiba acara tertentu sahaja untuk memiliki berlian. Kerana pada kami, setiap hari adalah hari yang sudap cukup istimewa untuk dilalui. Kehidupan adalah lambang kemuncak pengalaman kita, melalui persahabatan dan perhubungan. Namun yang paling penting adalah pengalaman dengan diri kita sendiri. Dan kita harus meraikannya. Oleh itu, kami mendapati ianya cukup bermakna sekali untuk mencipta koleksi ini, sesuai digaya setiap hari kerana cinta diri sendiri boleh hadir pada bila-bila masa dalam setiap momen yang dilalui.” -Lee Sze Suen, Ketua Pegawai Eksekutif SUEN.
A day with Eyka Farhana
Percaya akan perhiasan berlian mampu disarungkan pada bila-bila masa sahaja tanpa perlu menunggu acara atau hari istimewa. Seperti juga kebahagiaan diri, ianya tidak perlu dirancang atau menetapkan satu hari hanya untuk dirai.
Begitu juga dalam perhubungan. Setiap hubungan amat penting, baik bersama teman-teman, si dia atau juga keluarga. Namun, keutamaan harus diberikan kepada hubungan dan kecintaan utuh terhadap diri sendiri.
Amat penting untuk kita merai diri setiap hari. Jika ditanya pada Eyka Farhana, sesibuk mana sekalipun, dia pasti mencuri masa untuk bersendiri. Seperti membaca novel di kala off-day atau keluar bersiar-siar menikmati hari cuti.
Namun, pendamping setia Eyka dalam gaya signatur hariannya pasti barang kemas perhiasan berlian. Pada Eyka, berlian adalah jewelry staples dalam gerobok gayanya. Reka hiasan yang minimalis namun masih menampilkan sisi klasik dengan suntikan moden, membuatkan Eyka bahagia menyarungkannya hari-hari.
Eyka teguh dengan prinsip gaya peribadinya yang mementingkan stail juga kualiti yang dipamerkannya setiap hari. Gemar menggayakan gaya stackables baik untuk anting-anting, rantai, cincin juga gelang tangan.
Pengarah Kreatif: Aizat Aidid & Nisa’ Halid Konsep& Pengurus Kandungan Digital: Amira Azman Solekan: Tiar Zainal Dandanan: Kamila Video: Jackie Mah Gambar: Edmund Lee Pelatih Amali: Syahirah Hussain & Syakir Fehmi Lokasi tajaan: Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatown Pakaian: PINKO & H&M
Pautan Berkaitan: Kenali Enam Koleksi FOPE Yang Melengkapkan Gaya Shalma Ainaa