‘The Kimono Jacket’ Olahan Gaya Paris Longchamp
Longchamp Team Spirit Musim Luruh Sejuk 2024 kini memperkenalkan ‘The Kimono Jacket’, item #mestimiliki dalam gerobok fesyen dengan nuansa dan semangat Paris.
Bersempena Musim Luruh Sejuk kali ini, Longchamp Team Spirit melancarkan Jaket Kimono yang berpotensi menjadi item fesyen hangat seterusnya. Jaket kimono yang elegan ini menjanjikan fleksibiliti dalam helaian pakaian yang boleh dipadukan dengan pelbagai jenis gaya. Ia diinspirasikan oleh pakaian tradisional Jepun namun disuntik dengan nuansa Parisian, sesuai dengan identiti label fesyen ini.
Dekati Koleksi ‘The Kimono Jacket’ Oleh Longchamp
Walaupun memberi elemen orang Paris kerana reka bentuknya, jaket kimono Longchamp direka untuk menarik sehingga ke peringkat global. Menampilkan lengan bishop yang meruncing pada manset serta kolar yang tersendiri, ia memberi olahan gaya semula jadi yang melengkapi rekaan siluet. Helaian ini jua sesuai dipadukan sama ada beralih dari pejabat ke restoran atau dari hari membeli-belah ke acara formal. Memadankan jaket ini semestinya memberi keterampilan yang anggun dan sofistikated.
Bayangkan memiliki pakaian yang mudah menyesuaikan diri dengan apa-apa situasi. Jaket kimono ini menonjol dengan elemen timeless kerana fleksibiliti pakaiannya yang tiada terhad. Jika menghadiri acara formal atau sebagai pakaian pejabat, lengkapkan padanan dengan tali pinggang dan turtleneck untuk penampilan yang lebih profesional. Buat suasana yang lebih santai, biarkan ia terbuka serta padukan bersama seluar dan kasut untuk kelihatan lebih kasual. Sama ada santai atau formal, jaket kimono oleh Longchamp bersedia untuk menjadi bintang sebagai item fesyen musim ini.
‘The Kimono Jacket’ bukan sahaja sekadar item fesyen biasa, namun ia adalah lebih daripada sekadar helaian biasa dalam almari pakaian. Sama seperti Le Pliage yang ikonik, ia mempunyai kualiti yang sangat praktikal. Reka bentuk seolah origami, membolehkannya digulung dengan mudah di dalam beg pakaian atau beg tanpa berkedut. Walaupun sifatnya yang ringan, ia masih mempunyai lapisan atas baju sesuai buat musim sejuk. Tersedia dalam pelbagai warna termasuk hitam, navy, bordeaux, oren dan hijau, jaket kimono ini menjadi trend jaket yang sungguh bergaya.
Di luar reka bentuknya yang inovatif, jaket ini memberi cakna kelestarian terhadap alam sekitar. Ia dihasilkan daripada poliester kitar semula, dengan diinspirasikan daripada pakaian tradisional serta lelaran kontemporari. Longchamp sememangnya menampilkan jaket kimono yang melambangkan gaya moden lebih daripada sebelumnya.
Artikel Berkaitan: #MestiMiliki Koleksi Longchamp Musim Luruh Sejuk 2024