Millennial It-Girl: Chiara Ferragni - Glam Malaysia

Millennial It-Girl: Chiara Ferragni

Paris Fashion Week Haute Couture Autumn/Winter 2016/17 - Atelier Versace - Arrivals Featuring: Chiara Ferragni Where: Paris, France When: 03 Jul 2016 Credit: WENN.com **Not available for publication in France, Belgium, Spain, Italy**

 

Berumur 29 tahun, wanita berketurunan Itali ini mencapai status selebriti dengan kewujudan blognya. Dalam dunia blogging, beliau dikenali sebagai The Blonde Salad di samping menulis buku berjudul sama. Dalam scene fesyen, beliau dikenali sebagai Chiara Ferragni.

 

Chiara Ferragni arriving for the Louis Vuitton Spring/Summer 2017 show, part of Paris Fashion Week, at the Place Vendôme in Paris, France. Featuring: Chiara Ferragni Where: Paris, France When: 05 Oct 2016 Credit: WENN.com **Not available for publication in France, Belgium, Spain, Italy**

 

Ketika masih di peringkat universiti, beliau sudah pun menempa nama dalam majalah Teen Vogue kerana blognya. Chiara telah dinobatkan sebagai Blogger of The Year pada tahun 2011 oleh majalah tersebut. Pada masa itu, jumlah pengunjung blognya sudahpun mencecah lebih sejuta orang!

 

Nukilan Chiara dalam blog fesyennya yang relevan dengan kehendak para tokoh industri fesyen, sekali gus mendorong jenama gergasi seperti Louis Vuitton, Dior dan Chanel untuk berkolaborasi dengannya. Pantene juga telah mengambilnya sebagai wajah baru produk mereka pada Januari 2016.

 

 

©Leon Tanguy/MAXPPP - Chiara Ferragni during Balmain show as part of the Paris Fashion Week Womenswear Spring/Summer 2017 on September 29, 2016 in Paris, France. Photo via Newscom

 

Dengan lebih 7 juta pengikut di Instagram, Chiara akan memuatnaik pakaian hariannya atau Outfit of the Day (OOTD) setiap hari tanpa gagal. Kebanyakkan OOTD beliau yang senantiasa unik dan tidak konvensional menonjolkan dirinya dari rakan blogger lain. Tubuhnya sering dipakaikan busana-busana dan aksesori latest, dari lofer berbulu Gucci hinggakan gaun bercorak oleh Balmain. Chiara tidak pernah mengulangi OOTDnya.

See also
Trend Rambut: Rona Pastel

 

 

 

 

Pengaruh Chiara dalam industri fesyen amatlah besar. Wanita berambut blonde ini saban hari makin menjadi buruan paparazzi di samping selalu berada di front row semasa minggu fesyen. Adik beliau, Valentina turut mengikuti langkah kakaknya dalam menceburi bidang fesyen!

 

 

Oleh: Aizat Azman Shah