The Alphabet dUCk Satu Koleksi Inspirasi Peribadi - Glam Malaysia
the alphabet duck

The Alphabet dUCk Satu Koleksi Inspirasi Peribadi

dUCk adalah satu jenama gaya hidup yang cukup popular dikalangan wanita Malaysia. Pesona D yang chic itu cukup dekat dengan hati kelompok wanita muda moden. Jenama ini terus menakluki pasaran gaya hidup daripada solekan, tudung dan barangan keperluan lain. Kini ia berkembang lebih mekar dengan pelancaran The Alphabet dUCk yang mana meraikan nilai keperibadian setiap orang. Koleksi The Alphabet dUCk ini adalah himpunan yang paling besar pernah dilakukan oleh dUCk.

Memilih “Truely be Yourself” sebagai cogan utama buat koleksi ini, dUCk meraikan 26 huruf yang memberi simbol inklusif. Kesemua abjad ini direka dengan menggukana font kash buat koleksi yang cukup feminin. Setiap huruf pula digandingkan bersama rekaan bunga yang melembutkan gaya. dUCk dengan besar hati melancarkan lima item buat koleksi ini. Ada skarf yang dihiasi bunga bersama setiap huruf. Selain itu, The Alphabet dUCk juga lancarkan twilly, beg tote, keychain dan baju beropol dengan cetakan huruf sebagai penyeri.

See also
Head-To-Toe Dalam Khoon Hooi

Pautan Berkenaan: Ken Scott Ilhamkan Bunga-Bunga Buat Gucci