Terokai Koleksi Edisi Semula Louis Vuitton x Takashi Murakami Yang Eksklusif - Glam Malaysia

Terokai Koleksi Edisi Semula Louis Vuitton x Takashi Murakami Yang Eksklusif

Louis Vuitton dan artis kontemporari terkenal, Takashi Murakami menandakan ulang tahun ke-20 kolaborasi ikonik mereka dengan pelancaran koleksi edisi semula yang komprehensif.

Jenama Louis Vuitton dan artis Takashi Murakami bersatu semula 20 tahun selepas kerjasama terobosan mereka, memperkenalkan ‘Louis Vuitton x Murakami’ yakni merayakan edisi semula koleksi kerjasama mereka yang cukup ikonik. Rangkaian di dalam koleksi dikemas kini menampilkan sehingga lebih 200 karya, meraikan perkongsian kreatif mereka yang berkekalan serta disempurnakan dengan gabungan ketukangan tradisional dan kemajuan teknologi. Koleksi ini nyata mentafsir semula motif khas Murakami yang mempamerkan gabungan budaya pop, sejarah, sci-fi dan seni halus yang unik.

Louis Vuitton x Takashi Murakami

Louis Vuitton x Takashi Murakami: Chapter One

Estetika Murakami yang berwarna-warni dan berimajinatif diinjek bersama ke dalam koleksi edisi semula bab pertama, menghimpunkan sebuah koleksi yang seimbang dengan suntikan kemewahan Louis Vuitton. Rekaan artis dari Jepun yang menyeronokkan dan mendalam ini dipamerkan dalam pelbagai item termasuk beg City, tudung sutera, barang kemas, kaca mata, kasut dan juga minyak wangi. Lantas, menjadikan ia satu kolaborasi yang penuh dengan daya tarikan yang abadi.

See also
Barisan Selebriti Yang Membanjiri Front Row NYFW

 

Dari segi idea dan ketukangan, teknologi pencetakan lanjutan meningkatkan ketepatan dan keceriaan watak Murakami. Terutamanya, motif Monogram Multicolore yang menjadi sorotan kini dihasilkan dalam 33 warna terang. Koleksi ini termasuk corak Monogram yang ditafsir semula pada beg City yang cukup popular seperti Keepall, Speedy dan Dauphine, begitu juga dengan aksesori seperti tali pinggang, dompet serta kasut espadrille. Selain itu, sorotan lain termasuk Superflat Panda yang suka bermain pada beg dan rantai kunci, Superflat Garden pada botol minyak wangi serta motif Cherry Blossom pada beg dan sandal, diaplikasikan yang secara langsung memancarkan kreativiti dan inovasi untuk koleksi kali ini.  

 

Louis Vuitton x Murakami terbukti menjadi penyatuan ikatan kreatif mereka yang nyata berkekalan, menghadirkan deretan item eksklusif untuk dimiliki merentas generasi. Koleksi bab pertama yang dilancarkan secara global pada 1 Januari 2025, bakal disambut dengan paparan visual yang mengasyikkan, acara pop-up serta kemeriahan kempen yang khusus. Bab kedua pula yang memberi fokus pada reka bentuk Cherry Blossom Murakami akan dikeluarkan pada Mac 2025.

See also
Most GLAM 2023: The Fashion Superstars!

 

Artikel Berkaitan: Louis Vuitton Perkenalkan Art Silk Squares Sentuhan Seni Kontemporari