Tema Kekeluargaan COACH - Glam Malaysia
Tema Kekeluargaan COACH

Tema Kekeluargaan COACH

Coach

Coach memeriahkan sambutan Hari Ibu dengan cadangan aksesori-aksesori terbaik dedikasi para ibu. Di samping itu, siri kempen bertema Hari Ibu turut dilancarkan, menampilkan rakan-rakan jenama Coach, seperti Jennifer Lopez, Kōki, Yang Zi, Paloma Elsesser, Ciara Wilson, dan Andie MacDowell. 

Bintang-bintang ternama tersebut turut menampilkan ahli keluarga mereka dalam kempen bagi menonjolkan tema kekeluargaan, pada masa yang sama, menggemilangkan nilai kebersamaan. Selain penampilan keluarga-keluarga ternama, kempen ini memfokuskan kepada peranan ibu bapa keluarga, yang bertindak sebagai tunjang utama dalam institusi kekeluargaan. Nilai kekeluargaan dan kebersamaan menyemati dalam visual kempen, memfokuskan kepada kepositifan terutamanya dalam kehidupan sekarang dalam mengharungi cabaran hebat pandemik Covid-19. Dalam krisis ini, Coach mahu meraikan kepositifan dan mengetengahkan hubungan kasih antara ibu dan anak, yang mana Coach menggalakkan komuniti Coach untuk berkongsi mesej bermakna dan menghargai pengorbanan ibu dalam hidup anak-anak. 

Sempena itu, Coach menawarkan rangkaian beg tangan yang mengambil inspirasi dari arkib Coach, seperti beg Willis dan Ergo dan beg tote corak Singature jacquard. Mencadangkan opsyen hadiah terbaik buat ibu, rekaan ini tersedia di butik Coach terpilih untuk mendapatkan aksesori Coach khas Hari Ibu. 

See also
GLAM Profil: Jeany Amir

BEG SANDANG ERGO CORAK SIGNATURE JACQUARD

Coach

Sebahagian daripada set The Coach Originals, koleksi beg tangan Ergo meraikan legasi Coach dan mutu warisan New York. Stail beg hobo merupakan tawaran utama dalam himpunan Hari Ibu, bersiluetkan ikonik Coach yang pernah dikeluarkan sebelum ini pada era ‘90-an. Ibu pasti gemar dengan faktor versatil yang ada pada beg ini, kerana tali beg boleh dilaraskan. Memberi variasi gaya buat ibu untuk menggayaknnya mengikut kesesuaian. Para ibu pasti tampak stylish pabila membawanya ketika bertemu teman-teman atau menghadiri aktiviti keluarga. 

BEG KANVAS BERSULAM

Coach

Khusus para ibu yang is always on the go. Menyenangkan urusan ibu yang padat dengan urusan kerja dan keluarga. Setiap keperluan peribadi boleh dibawa dan disimpan dalam beg kanvas ini. Butiran Coach Badge pada permukaan beg menyuntik perihal fesyen yang mengagumkan. Sulaman ‘playful garden’, yang ceria dengan motif floral menyerlahkan lagi mood musim bunga. Para ibu pasti rasa selesa dengan praktikaliti yang terdapat pada beg kanvas ini. 

See also
Santai Coachella

BEG TANGAN WILLIS TOP HANDLE 18

Coach

Reka bentuk beg yang tegap konstruksinya, sesuai buat para ibu untuk menjadikan beg tangan ini sebagai aksesori harian. Siluetnya mengilhami akrib Coach yang pernah dilancarkan pada era ‘90-an. Material kulit yang berkualiti dan lembut, diperkasakan lagi dengan motif ‘playful garden’- menonjol elemen feminin, sempurna buat si ibu yang berpersonaliti lembut. Gancu kunci pada beg tangan adalah penegasan pada rekaan beg tangan Willis. Ibu pasti bangga membawanya untuk ditunjukkan pada teman-temannya nanti. 

DOMPET MINI WYN

Buat ibu yang berjiwa muda. Nilai seni pada dompet ini mencipta elemen santai, lalu menonjolkan satu item kecil yang bersifat playful. Motif floral benar-benar mengukuhkan aspek ‘femininity’, diperkemaskan lagi dengan material kulit asli tekstur pebble. Saiz mini membuatkannya mudah disimpan dengan rapi dalam beg tangan si ibu. 

#CoachNY

Artikel berkaitan: Talk Show Gucci Dengan Beg #GucciBeloved