Taruhan Terkini ECCO, Sentuhan Natacha Ramsay-Levi untuk Gaya Lebih Segar - Page 2 of 7 - Glam Malaysia

Taruhan Terkini ECCO, Sentuhan Natacha Ramsay-Levi untuk Gaya Lebih Segar

2 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

SEMBANG SEJENAK BERSAMA NATACHA RAMSAY-LEVI

Apakah yang menjadi tarikan untuk anda bekerjasama dengan Ecco? 

Ketika saya diberi peluang menjelajah muzium syarikat ECCO, saya begitu teruja melihatnya, takjub pada inovasinya, kebertanggugjawaban dan kesedaran yang ada kerana mereka tahu apa yang sedang mereka lakukan. Dengan kepercayaan, kesedaran dan pengetahuan yang mereka miliki, saya boleh bereksplorasi dalam bekerja tanpa kekangan dan risiko. Panos Mytaros, Ketua Pegawai Eksekutif ECCO menyatakan segalanya tanpa risiko. Jika ia berhasil ia akan digunakan dan jika tidak, tidak mengapa.

Terangkan mengenai gaya peribadi anda. 

Saya berharap saya mempunyai uniform, tetapi hakikatya ia berbeza dari itu. Saya merupakan seorang yang mencabar, itulah hakikatnya. Pada saya, kasut merupakan elemen paling versatil dalam gerobok seorang wanita. Saya merupakan seorang pencinta kasut, sentiasa. Pada saya, kadang kala ketika sedang bersiap, kasut menjadi titik permulaan dan pakaian lain haruslah melengkapinya. Pucuk pangkalnya, la adalah mengenai apa yang anda rasa dan pembawaan diri sendiri. 

See also
Gaya Karpet Merah Terbaik di Anugerah Emmy ke-68

Apakah titik permulaan saat anda untuk koleksi pertama ini? 

Idea pertama adalah untuk bekerja dalam ruang lingkup yang sedia ada. Bukanlah suatu idea yang bernas untuk kehadiran seorang pereka itu untuk merubah keseluruhan gaya sesuatu jenama. la adalah sesuatu yang bertentangan dengan apa yang ingin dilakukan di sini. Yang penting, saya mulakan dengan menggunakan apa yang sudah tersedia. Tetapi la boleh dimalnipulasi dari sudut pandang berbeza. 

Bagaimana proses rekaan berjalan? 

Bekerja bersama Niki Taestensen, Pengarah Rekaan ECCO, menjadikan segalanya lebih mudah. Saya begitu selesa untuk memberi cadangan. Kami bagaikan berada dalam gelembung kami sendiri. Dia merupakan seorang pelaksana dan ini mengajar saya untuk fokus. Setelah mengetahui teknik yang digunakan di ECCO, dari perspektif saya, perkara yang paling menyeronokkan adalah bekerja dengan elemen sukan pada rekaan, juga elemen-elemen teknikal seperti Biom Soles. la begitu menakjubkan.

Adakah anda berasa teruja melihat rekaan anda digayakan? 

Semestinya dengan penuh keterujaan. Saya masih banyak melihat karya Chloe yang saya hasilkan. Salah seorang teman baru mendapatkan koleksi At.Kollektive musim kedua dan menghantar gambar pada saya tanpa henti.

See also
Keindahan Bumi Switzerland