Taruhan Terkini ECCO, Sentuhan Natacha Ramsay-Levi untuk Gaya Lebih Segar - Glam Malaysia

Taruhan Terkini ECCO, Sentuhan Natacha Ramsay-Levi untuk Gaya Lebih Segar

1 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

JENAMA KASUT DALAM REKAAN YANG ERGONOMIK MERAIKAN ULANGTAHUN KE-60 DENGAN MEMBAWAKAN RAKAN KONGSI KREATIF SEBAGAI LANGKAH MENCIPTAKAN SELEKSI YANG KEKAL MESRA PENGGUNA

ECCO X Natacha Ramsay-Levi

Kiko Mizuhara & Yuka Mizuhara

Pertaruhan pilihan sepatu yang serba selesa jenama ECCO kini hadir dengan wajah yang lebih menyerlah setelah menerima suntikan baru dari segi rekaanya. Dengan bertujuan meraikan budaya yang senantiasa menjadi nadi kepada jenama ini, rekaan kini hadir dengan penuh inovasi, bertanggungjawab serta tidak menumpukan kepada hanya kategori pengguna tertentu sahaja. Gaya Danish yang demokratik terus menjadi pilihan agar mampu diterima pasaran dengan lebih meluas lagi. Semestinya sasaran ECCO adalah untuk terus memberikan kehidupan yang sejahtera hingga ke masa hadapan pada seluruh pengguna. Live Better, Live Best. 

Lebih menarik lagi rekaan koleksi terbaru ini berpaksikan pada idea kreatif rakan kongsi kreatif yang baru dilantik, Natacha Ramsay-Levi yang telah menjalinkan kerjasama untuk jenama ECCO bermula dari koleksi At.Kollektive Designer yang menampilkan rekaan sepatu mendapat sentuhan beberapa pereka pilihan. 

See also
LBD Ala Carrie Bradshaw

Kini, Ramsay-Levi telah mencipta koleksi kapsul terbaru yang diberi nama NRL Merangkumi variasi gaya termasuk loafer bertumit monokrom, kasut Biom Trail yang diterjemahkan semula dalam gaya segar blok warna, but berjalan mesra penggunaan juga beberapa rekaan lain. 

Natacha Ramsay-Levi

Memetik kata-kata Panos Mytaros, Ketua Pegawai Eksekutif ECCO Saya teruja untuk kembali bekerjasama semula bersama Natacha untuk koleksi NRL. Dia tahu mengenai ECCO, dia memahami kami, dia dapat merasakan semangat kekeluargaan kami, serta membawakan sudut pandang berbeza unik untuk segmen wanita. Saya meletakkan kepercayaan padanya untuk merubah apa yang perlu diubah dan bersemangat untuk pengguna sedia ada dan bakal pengguna ECCO untuk melihat sendiri koleksi terbarunya ini.” 

Bermain dengan reka bentuk, Ramsay-Levi telah membayangkan semula ikon ECCO, Sculpted Motion, BIOM Trail-C, Grainer & GRUUV, dalam nada yang lebih berani lagi berinovasi. Rekaan ikonik seperti rangkaian Sculpted Motion diubah menjadi loafer monokrom bertumit. Diselingi sentuhan kekinian, permainan warna yang kontras, dan potongan segar. Seperti yang terlihat pada personaliti fesyen, the Mizuhara, yang menyarung rekaan tersebut dalam kempen. Referensi pada gaya trendy tampak disatukan oleh kekuatan karakter dan pertalian keluarga mereka. 

See also
Kediaman Brunei - Urban Tropika

Khas buat penggemar aktiviti luar, seperti Lyn-z, pemain skate terkemuka yang menyarung rekaan BIOM Trial-C dalam kempen, didukung oleh rekaan berwarna, semangat olahraga dan perayaan, lantas wujud ekspresi diri untuk menikmati hidup di udara segar. 

Berjalan penuh gaya dengan rangkaian NRL Grainer & GRUUV, tidak seperti biasa, but bertumit dengan blok warna terang ini mempunyai tapak tengah PU yang selesa dan tapak getah fleksibel dua hala untuk pergerakan yang nyaman. Memberi opsyen gaya beragam untuk wanita pelbagai cita rasa fesyen. 

Jenama yang sentiasa mengetengahkan individu sebagai nadi mengapa dan bagaimana jenama ECCO ini beraksi, kali ini ia membawakan rasa yang kekal konsisten untuk kempen musim ini. Dibina oleh pasangan suami isteri 60 tahun yang lalu, ia masih kekal di bawah jagaan mereka dari segi perniagaan juga rekaan produknya.