Suzy Bae Kini Wajah Ikonik Celine - Glam Malaysia

Suzy Bae Kini Wajah Ikonik Celine

Memperkasakan warisan mewah dengan pesona abadi, Suzy Bae melangkah ke pentas global sebagai wajah baru Celine membawa keanggunan ke tahap baharu. 

Su Ji Bae, bintang Korea yang kini digelar sebagai duta Celine. Menyatukan pesona Asia dan warisan Paris dari bintang K-pop ke duta global. Penyanyi dan pelakon Korea Selatan ini meluahkan rasa terujanya untuk memegang peranan ini, menyifatkan Celine sebagai jenama yang dihargai kerana rekaannya yang elegan serta keupayaannya merangkumi pelbagai generasi sambil mengekalkan warisan klasik rumah fesyen itu. Langkah ini hadir seiring dengan kepentingan pasaran Korea Selatan bagi Celine, di mana jenama tersebut bersiap sedia untuk membuka butik utamanya di Cheongdam, kawasan elit di Seoul, pada penghujung bulan ini. Mengenakan busana set jaket kulit dan skirt bersama kasut tumit tinggi memancarkan persona chic Parisian yang tampak effortless.

Nafas Baru Suzy Bae Sabagai Duta Celine

suzy bae

Courtesy of Celine

Nama Suzy Bae mula tercipta pada lewat tahun 2009 sebagai salah satu ahli kumpulan K-pop terkenal, Miss A, di bawah naungan JYP Entertainment. Debutnya dalam dunia drama televisyen pada tahun 2011 menerusi siri popular “Dream High” mengukuhkan kedudukannya sebagai ikon serba boleh dalam industri hiburan.

See also
Rose Blackpink Pecah Rekod World Music Awards & Carta Billboard

Langkah mengejut ini membuka lembaran baru buat Suzy dan Celine, menjanjikan kerjasama yang bakal menggemparkan dunia fesyen. Dalam kempen perdananya bersama jenama ini, Suzy memancarkan gaya edgy dan sofistikasi penuh. Berpakaian serba hitam dengan busana kulit daripada Koleksi Musim Sejuk 2024 Celine, penampilannya memancarkan aura ‘boss’ dengan sentuhan rebel chic. Ini merupakan perubahan berani dari kolaborasi-kolaborasi sebelumnya, mempamerkan sisi Suzy yang lebih matang dan berani, sesuatu yang pasti memikat hati peminatnya.

suzy bae suzy bae

suzy bae

Perpaduan ini seakan ditakdirkan dalam dunia fesyen, dengan garis bersih dan estetik klasik Celine yang selaras dengan kecantikan segar dan gaya versatil Suzy. Terdapat juga peminat yang mungkin terkejut dengan peralihannya dari kolaborasi lama bersama Dior, penyatuan baharu ini dengan Celine terasa seperti evolusi semula jadi. Ia membuktikan keupayaan Suzy untuk terus memperbaharui imejnya sambil mengekalkan identitinya yang asli. Kini, dengan peranan barunya ini, kita semua tidak sabar menyaksikan bagaimana Suzy akan menyuntik keanggunan abadi Celine dengan sentuhannya yang unik.

See also
GLAM Persona: Daiyan Trisha Fashion's Next Music Darling

Artikel Berkaitan: Bright Vachirawit Takluki Kota London Bersama Burberry