Supermodel pada 73 Tahun: Benedetta Barzini - Glam Malaysia

Supermodel pada 73 Tahun: Benedetta Barzini

Nama: Benedetta Barzini. Umur: 73 tahun. Kerjaya: Supermodel.

Dilahirkan dalam keluarga yang serba berada dan dibesarkan oleh seangkatan governess, Benedetta berhijrah ke kota New York pada belasan umur atas nasihat oleh editor majalah-majalah fesyen Vogue, Diana Vreeland. Pada mulanya, Benedetta hanya ingin menetap di situ selama seminggu, tetapi apakan dayanya sebagai seorang yang disukai dalam dunia fesyen — seminggu bertukar kepada bertahun-tahun. Benedetta menjadi wajah penghias majalah Vogue Italia dan menghabiskan masa lapangnya bersama Salvador Dali serta artis lagenda, Andy Warhol. Benedetta sememangnya menjalani kehidupan idaman setiap gadis fesyen.

 

Beliau kemudian menjalani sebuah anjakan paradigma — Benedetta menjadi seorang pengikut Marxist kental di samping anggota feminist yang radikal. Namun demikian, beliau masih lagi gemar akan dunia peragaan. Benedetta baru sahaja memperagakan busana Simone Rocha bagi koleksinya buat musim luruh / sejuk 2017. Pada umur 73 tahun, beliau masih menyerupai model-model dalam lingkungan 20an dengan gaya jalannya yang sungguh elegan serta urat wajahnya yang cukup menawan.

See also
Model-model Ternama Menghiasi Pentas Peragaan La Perla

 

“Seseorang itu tidaklah menjalani hidup yang lebih baik hanya kerana dia “cantik”. Kecantikan tidak boleh dilihat. Ia tertera pada charm, kelucuan dan ketulenan. Tiada siapa bertanggungjawab akan rupa mereka. Kita hanya bertanggungjawab akan apa yang dilakukan pada anggota badan dan minda kita tersendiri. Saya tidak pernah mengambil kisah akan rupa saya. Saya tidak pernah jalan bersahaja menyerupai seorang model. Di casting, mereka akan melihat profil saya dan berkata “Adakan itu anda?!” kerana saya tidak menyerupai foto-foto tersebut”, kata Benedetta.

 

“Saya jarang memikirkan tentang kecantikan. Saya menggangap diri ini sebagai sebuah penyangkut baju yang digunakan oleh para mogul fesyen bagi menggantung bakat yang sebenar (busana mereka). Kini, saya melihat kecantikan itu sebagai dinding untuk menyembunyikan material dan komitmen”, sambungnya dengan tegas kepada majalah i-D.