Use your ← → (arrow) keys to browse
JENNIE FOR CALVIN KLEIN
Jennie for Calvin Klein, koleksi kapsul edisi terhad yang direka bersama artis, duta jenama dan ikon global, Jennie Kim. Mengambil inspirasi dari gaya peribadi JENNIE sendiri, koleksi ini menawarkan set pakaian dalam, denim, kemeja T, skirt dan jaket yang seluruhnya menampilkan stail dan personalitinya. Koleksi ini membayangkan semula siluet potongan asas dengan rona pastel yang dipilih oleh JENNIE, serta sentuhan yang bersifat peribadi termasuk lakaran logo.
Hadir dalam warna lilac, biru dan ‘desert’ serta hitam dan putih yang klasik, terbuat dalam siluet yang ringkas. Sesuai untuk gaya santai namun penuh karakter. Padanan bralette dengan seluar, ‘bodysuits’ dan top kasual direka untuk keselesaan gaya yang tentu sahaja praktikal. Kemeja denim dan seluar jeans ‘90-an menawarkan penampilan yang cool dan ringkas, manakala top kait, dress dan bralette denim dan skirt untuk menambah sentuhan seksi dan tak terduga. Sesuai untuk digayakan kala percutian musim panas, sama ada di kota atau destinasi pantai.