Stail Terbaik Pelakon Dune: Part Two Di Karpet Tayangan Perdana - Glam Malaysia
Stail Terbaik Pelakon Dune: Part Two Di Karpet Tayangan Perdana

Stail Terbaik Pelakon Dune: Part Two Di Karpet Tayangan Perdana

Filem yang ditunggu-tunggu, Dune: Part Two akhirnya bakal menemui peminat di pawagam tanah air pada 29 Februari.

Menjelang tarikh tayangan, barisan pelakon mengembara ke seluruh dunia untuk mempromosikan filem sekuel arahan Denis Villeneuve itu.

Bintang Dune: Part Two memulakan jelajah mereka di Mexico City pada 6 Februari dengan sesi photocall. Zendaya, Florence Pugh, Timothee Chalamet dan Austin Butler tampil bergaya dalam fesyen memukau mata. Jelajah promosi diteruskan di Paris, Perancis pada 13 Februari.

Lihat gaya pelakon Dune: Part Two di tayangan perdana global setakat ini

 

PHOTOCALL DI MEXICO CITY

Timothee Chalamet tampil ringkas namun bergaya dalam baju sutera turteneck tanpa lengan bersama celana sedondon daripada Hermes.

Zendaya menyarung persalinan unik daripada label epinom Torisheju Dumi. Ia merupakan penampilan karpet merah sulung buat jenama dari London ini.

Austin Butler menggayakan sut kelabu yang tidak dibutang bersama kemeja-T putih.

Florence Pugh bersinar dalam persalinan dua helai berkilauan yang dipadankan bersama rantai berlian sedondon.

See also
20 Anggun & Segak Di Critics Choice Awards 2024

Josh Brolin kelihatan tampan dalam sut linen rona putih.

TAYANGAN PERDANA DI MEXICO CITY

Florence Pugh kelihatan menawan dalam gaun putih rekaan Standing Ground.

Zendaya terus mencuri perhatian lensa kamera dalam persalinan monokrom mocha Bottega Veneta yang menampilkan belah seksi.

Austin Butler tampil segak dalam sut berjalur rona hitam daripada Saint Laurent.

Timothee Chalamet menyarung sut Prada yang menampilkan blazer dan celana rona kelabu.

PHOTOCALL DI SHANGRI LA HOTEL, PARIS

Zendaya tampil persis dewi dalam gaun couture Alaïa rona putih suci yang dipanggil ‘La Robe Spirale’.

Rebecca Ferguson kelihatan chic dalam kot sarat labuci rona kelabu yang dipadankan bersama baju, leggings dan kasut berwarna hitam putih.

Timothee Chalamet menggayakan baju turtleneck hitam bersama celana kulit rona coklat daripada koleksi Musim Bunga 2023 Bottega Veneta.

TAYANGAN PERDANA DI PARIS

Austin Butler mencuri perhatian di karpet jingga Dune: Part Two dalam baju panas rona hitam bersama celana sedondon daripada Louis Vuitton.

Dune: Part Two

Zendaya memukau dalam persalinan dua helai bertekstur rona emas daripada Louis Vuitton. Penampilannya diserikan dengan barang kemas Bvlgari.

See also
#PFW: DIOR A/W 2019

Timothee Chalamet tampil segak dalam sut couture serba hitam Givenchy yang dipadankan dengan baju turtleneck grafik berwarna-warni dan aksesori Cartier.

Lea Seydoux anggun dalam gaun baldu biru Diraja daripada Louis Vuitton.

Dune: Part Two

 

Foto: Getty Images

Baca: Fesyen Selebriti Di Karpet Kuning Tayangan Argylle