Sorotan Fesyen Ariana Grande Di Jelajah Media ‘Wicked: For Good’ - Glam Malaysia

Sorotan Fesyen Ariana Grande Di Jelajah Media ‘Wicked: For Good’

Ariana Grande menginjek glamor Hollywood klasik dan couture moden sepanjang jelajah media Wicked: For Good, memadukan siluet etereal dan himpunan busana vintaj dalam  membawa naratif fesyen yang menceritakan evolusi watak dan keanggunan abadi.

Ariana Grande kembali mendefinisikan glamor Hollywood menerusi jelajah media ‘Wicked: For Good’, di mana setiap penampilannya dibina sebagai naratif fesyen yang mencerminkan evolusi watak Glinda dalam filem tersebut. Jika jelajah pertamanya dipenuhi pastel manis dan siluet berinspirasikan dongeng, kempen terbarunya ini mengetengahkan sisi dewasa dan dramatik, warna gelap, gaun tulle yang melayang, serta permata fesyen vintaj yang diperoleh daripada arkib bersejarah. Dengan kerjasama penggaya ternama Law Roach, Ariana melangkah ke dunia couture, art deco dan ikonografi Hollywood lama dengan penuh yakin. Berikut ialah himpunan momen fesyen paling memukau dari siri jelajah ini.

Momen Fesyen Ariana Grande Yang Mencuri Tumpuan Bersempena Filem Wicked: For Good

1. Puteri Hollywood Klasik Dalam Lilli Diamond

Ariana mencuri tumpuan di Paris apabila muncul dalam gaun vintaj Lilli Diamond, lengkap dengan evening coat hitam dan merah jambu yang menyerlahkan gaya bintang era 1950-an.

See also
GLAM 101: Alexander McQueen

2. Lagenda Pada Malam Istimewa Bob Mackie

 

Untuk penampilan istimewa Wicked: One Wonderful Night, Ariana memilih gaun Bob Mackie dari koleksi 1997, satu pilihan yang penuh sejarah kerana pereka itu pernah berkhidmat dalam produksi yang mengangkat legasi Judy Garland.

3. Sentuhan Magis di Singapura

Di Singapore, Ariana tampil bak puteri fantasi dalam gaun Thom Browne berpotongan bahu jatuh dengan bodis bertatah manik dan skirt tulle yang memukau.

4. Couture Dua Dunia: Givenchy Di Paris

Ariana menawan hati peminat Paris dalam gaun couture Givenchy rekaan Sarah Burton yang menonjolkan hubungan visual antara Glinda dan Elphaba.

5. McQueen 1998: Arkib Yang Dihidupkan Semula

Dalam satu acara di Paris, Ariana memilih gaun korset merah jambu usang dari pertunjukan couture Givenchy musim bunga 1998 oleh Alexander McQueen, satu karya yang jarang sekali muncul di khalayak.

6. Sejarah MGM Pada Debut London

Untuk debut London, Ariana menghidupkan sejarah fesyen Hollywood dengan gaun Adrian tahun 1952, pereka tersohor Metro-Goldwyn-Mayer yang turut mencipta kasut merah Dorothy dalam The Wizard of Oz.

7. Fantasi Kupu-Kupu Robert Wun

Ariana menyerlah sebagai pari-pari moden dalam gaun kupu-kupu rekaan Robert Wun yang memadukan fantasi dan struktur avant-garde.

8. Tin Man Couture Dari McQueen 2005

Dalam satu penampilan penuh karakter, Ariana menggayakan perhiasan hati Tin Man rekaan Swarovski bersama gaun pleated perak dari Alexander McQueen koleksi 2005.

See also
Body Shaming Belum Berakhir, Kali Ini Ariana Grande Bersuara!

9. Moden Bertekstur Lembut Oleh 16Arlington

Ariana tampil elegan dalam gaun mini berbulu lembut dari 16Arlington, menyerlahkan keserasian gaya moden dan glamor vintaj.

10. Couture Pertama Pierpaolo Untuk Balenciaga

Penampilan bespoke Pierpaolo Piccioli untuk Balenciaga membuktikan Ariana berani menyelami couture moden; rekaan ini juga merupakan busana custom couture pertama Piccioli untuk jenama tersebut.

11. Dior Dengan Sentuhan Teatrikal

Gaun Dior 2007 oleh John Galliano ini memancarkan glamor Hollywood klasik dengan siluet elegan dan sentuhan couture dramatik, direka khas untuk Governor’s Ball

12. Penutup Agung Dengan Schiaparelli

Di finale jelajahnya, Ariana memilih busana Schiaparelli berinspirasikan era 1950-an, sebuah gaun yang menutup siri penampilannya dengan aura klasik yang agung.

Artikel berkaitan:

Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan berita fesyen terkini dari lokal ke antarabangsa, serta penglibatan editorial dengan nada segar yang mewakili generasi baharu dunia fesyen.