Sinergi Wanita Paris Buat Longchamp - Glam Malaysia
SINERGI WANITA PARIS

Sinergi Wanita Paris Buat Longchamp

Longchamp tidak mahu keluar jauh buat koleksi baru ini dan hanya meraikan sinergi yang ada pada wanita Paris. Jenama kebanggan Perancis itu mahu menjulang wanita kota mereka sebagai sumber inspirasi. Sophie Delafontaine, yang ditugaskan sebagai Pengarah Artistik Longchamp berkongsi bahawa himpunan musim bunga 2021 bukanlah memberi fokus pada gaya sofistikated wanita Paris. Tapi, gaya yang lebih relaks dan kasual selari dengan rentak Longchamp.

SINERGI WANITA PARIS
SINERGI WANITA PARIS

“Koleksi ini lari daripada gaya klasik sofistikated yang keterlaluan. Ianya lebih bold dan offbeat. Ini buat wanita who rarely takes herself too seriously. Seperti Longchamp juga himpunan ini menzahirkan ritma kasual dan unbridled women’s fashion,” kongsi Sophie Delafontaine.

SINERGI WANITA PARIS

Longchamp turut menjadikan seni daripada pengkarya seni seperti James Turrell, Louise Bourgeois dan Carol Rama sebagai sumber idea. Ada cetusan rona neon terang yang selalu menjadi pilihan Turrell menyimbahi beg-beg Longchamp musim bunga 2021. Koleksi ini juga memberi penghargaan sinegri wanita Paris yang bersifat lebih playful. Maka terhimpunan helaian yang menggunakan teknik macrame. Ia kelihatan pada top yang dipakai dengan sut, juga diberi pilihan pada skirt dan beg. Ada juga ceraian bersifat romantik yang meminjam seni tenunan English.

See also
Coussin Jadi Taruhan Baru Nicolas Ghesquiere

Mereka juga berkolaborasi bersama FILT, sebuah syarikat yang menghasilkan fabrik kapas mesh untuk melancarkan koleksi yang lari daripada DNA Longchamp. Le Pliage diberi garapan unik dengan mengikut trend beg semasa. Ia gabungan kapas mesh bersama pemegang beg yang diperbuat daripada kulit Rusia agar kekal mewah. Himpunan Mailbox pula diberi update lebih kasual dengan menggunakan fabrik denim. Serta ditambah lebih fun dengan corak monogram LGP menghiasi permukaan beg.

“Misi kami adalah untuk melancarkan koleksi yang autentik dan menawarkan kepakaran Longchamp. Juga penghasilan produk yang tahan lama dan sering memperbaiki rekaan agar ia menjadi lebih bagus,” ujar Delafontaine yang juga cadangkan mengikut gerobok karakter wanita kota Paris yang bersifat less is more.

Kini sinergi ilham wanita Paris boleh terus sampai ke Kuala Lumpur. Dimana, Longchamp baru sahaja melancarkan e-Dagang mereka. Himpunan musim bunga 2021 boleh terus dibeli daripada laman sesawang. Juga ada koleksi eksklusif Le Pliage Tour Eiffel yang hanya boleh dibeli melalui Longchamp.com/my/en.

Le Pliage Tour Eiffel

Pautan Berkenaan: The New Roseau

See also
Longchamp x Toiletpaper Tampil Seni Provokatif