Setelah berakhirnya Oscar, maka tutuplah bulan anugerah yang bermula sejak Januari lalu. Kita melihat bagaimana Renee Zellweger menggondol hampir semua anugerah pelakon wanita terbaik di setiap majlis. Juga Parasite mencipta sejarah dengan membawa pulang anugerah filem terbaik di Oscar. Filem asing pertama yang mendapat tempat tertinggi di arena perfileman dunia.
Selain rencah siapa yang menang dan siapa yang pulang dengan tangan kosong, majlis anugerah juga adalah gelanggang buat bintang filem melaram. Busana terus menjadi fokus utama mereka, namun begitu barang kemas menjadi esen penting dalam melengkapkan gaya. GLAM lampirkan kilauan barang kemas terbaik di Oscar 2020!
CHARLIZE THERON DALAM BARANG KEMAS TIFFANY & CO.
JANELLE MONAE BERCINCIN FOREVERMARK
LEA SEYDOUX BERSUBANG CHOPARD
LILY ALDRIDGE BERSUBANG MEWAH BULGARI
MANDY KALING DALAM BARANG KEMAS CHOPARD
NATALIE PORTMAN BERSUBANG CARTIER
SCARLETT JOHANSSON DALAM SUBANG DAN GELANG TANGAN FOREVERMARK