Antigona Cube Edisi Baru Keluarga Antigona Givenchy

Sentuhan Segar Antigona Cube Dalam Keluarga Antigona Givenchy

Givenchy dengan bangga memperkenalkan tambahan terbaharu kepada keluarga beg Antigona iaitu Antigona Cube bersempena Musim Luruh 2024.

Antigona Cube ini menawarkan reka bentuk ladylike yang unik dengan bentuk yang menyerupai origami. Ia diperbuat daripada kulit anak lembu berbutir halus, perkakasan berkualiti tinggi, dan pemegang yang boleh diubahsuai, menciptakan gaya effortless namun tetap elegan.

Esensi Antigona Dikekalkan

Antigona didatangkan dalam versi Mini yang elegan dan sofistikated, serta versi Nano yang lebih playful dan trendy, Antigona Cube dihasilkan dengan teliti menggunakan kulit tumbled berkilau atau kulit anak lembu laminated.

Dengan ciri yang serbaguna, beg ini mempunyai pemegang kulit pendek yang boleh diubahsuai dan dilengkapi dengan tali boleh ditanggalkan yang mempunyai empat D-ring, membolehkan pemakai menukar dari gaya memegang ke beg silang yang selesa.

Walaupun saiznya kecil, Antigona Cube direka untuk menyimpan semua barang penting dengan adanya ruang utama yang besar dan berzip, lengkap dengan pemegang kad di dalam (untuk versi Nano) atau poket rata di dalam (Mini) untuk menyimpan dompet, kunci, dan telefon.

See also
Ricardo Tisci Meninggalkan Givenchy Selepas 12 Tahun Berkhidmat

Sesuai Digayakan Siang Malam

Dengan gaya yang sofistikated tetapi kontemporari, Antigona Cube boleh digayakan dari siang ke malam. Ia juga terdapat dalam warna klasik dengan kemasan berkilau seperti hitam dan gading (untuk kedua-dua gaya) atau dalam warna seasonal hues seperti tan lembut dan badam hijau (untuk versi Mini), serta kelabu perak atau raspberry (untuk Nano).

Artikel Berkaitan: Sandal Marshmallow, Desain Unik Dari Givenchy